• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Demam Campak Di Perak Meningkat Hingga Jun Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
28/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jabatan Kesihatan Negeri Perak merekodkan kes demam campak di Perak meningkat kepada 13 kes sehingga Jun tahun ini berbanding satu kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengarahnya Datuk Dr. Juwita Ghazali berkata jumlah itu termasuk lima kes melibatkan warga asing di Depot Tahanan Imigresen Langkap dekat Changkat Jong dekat sini.

“Lapan kes sporadik melibatkan empat pesakit yang masih belum layak mendapat suntikan imunisasi, satu kes ada imunisasi, satu kes tidak dapat dipastikan dokumentasi imunisasi dan dua kes lagi tiada imunisasi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata jumlah kes ini meningkat kerana pesakit tidak diberi suntikan imunisasi selain ada antara pesakit mendapat jangkitan daripada saudara mara yang datang dari negeri lain.

“Ada antara ibu bapa yang tidak membenarkan anak mereka diberi suntikan imunisasi kerana mereka ragu-ragu terhadap kandungan vaksin dan mengamalkan perubatan homeopati,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Juwita berkata pihaknya telah memberi penerangan kepada ibu bapa atau penjaga mengenai kebaikan suntikan ketika mereka datang ke Klinik Kesihatan untuk membuat pemeriksaan perkembangan bayi.

“Sekiranya ibu bapa mahu menolak suntikan imunisasi untuk anak, mereka perlu merujuk kepada pegawai perubatan dan doktor pakar untuk mendapatkan nasihat.

Sekiranya ibu bapa masih menolak mereka perlu mengisi borang penolakan imunisasi,” katanya.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata 873 kes wabak measles atau campak dilaporkan sehingga minggu pertama bulan ini, sekali gus menunjukkan peningkatan 340 peratus berbanding 197 kes untuk tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata peningkatan kes demam campak itu disebabkan kanak-kanak tidak mendapatkan imunisasi dan majoriti wabak membabitkan rumah persendirian (63.6 peratus), diikuti institusi (28.8 peratus) dan komuniti (7.6 peratus). – BERNAMA

Tags: PerakWabak Campak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd