• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Rancang Beli Sebidang Tanah Di Sepanyol

oleh Ahmad Albab
22/06/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bercadang membeli sebidang tanah di bandar Valencia atau Barcelona di Sepanyol untuk dibangunkan menjadi sebuah kem latihan JDT.

Ia juga tempat penginapan para pemain untuk perlawanan pramusim di negara Eropah berkenaan.

Laman Facebook rasmi JDT, The Southern Tigers memaklumkan satu delegasi JDT dihantar ke Sepanyol hari ini untuk meninjau lokasi yang bersesuaian di sana.

“Selain itu, ia juga boleh menjadi tempat penginapan pemain muda kami yang diserapkan dalam mana-mana kelab di Sepanyol,” kata kelab itu.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa negara Eropah pada Disember tahun lepas.

Ini termasuk mengadakan perjumpaan dengan beberapa kelab seperti Valencia, Real Madrid dan Barcelona di Sepanyol serta kelab Perancis, Paris St. Germain.

Lawatan berkenaan antara lain bertujuan memperluas jaringan usahasama antara JDT dengan kelab-kelab berkenaan.

Untuk rekod, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) telah menjalankan program pembangunan akar umbi JDT bersama kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund sejak tahun lepas dalam usaha melahirkan pemain muda berkaliber pada masa akan datang. – BERNAMA

Tags: JDT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengikat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC dengan keputusan 3-3 di Stadium...

JDT ‘Magnificent’, Dapat Pujian Wartawan Sukan Antarabangsa Selepas Ikat Chelsea 3-3

JDT ‘Magnificent’, Dapat Pujian Wartawan Sukan Antarabangsa Selepas Ikat Chelsea 3-3

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Nama Johor Darul Ta’zim (JDT) terus bergema di pentas bola sepak antarabangsa apabila kejayaan mengikat kelab gergasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd