• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Kelab Paling Pesat Berkembang Di Asia Tenggara

oleh Ahmad Albab
05/06/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Sebagai sebuah kelab yang muda, saya bangga untuk mengatakan bahawa Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah kelab yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara,” titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Baginda yang juga pemilik kelab JDT bertitah, kelab JDT berjaya mencapai kejayaan dan mencipta sejarah dalam setiap aspek sukan bola sepak dengan tempoh masa yang singkat.

Justeru, titah baginda, kempen bola sepak JDT telah berjalan dengan lancar setakat ini malah pasukan itu melalui musim yang menakjubkan pada tahun ini.

“Kami diberkati tetapi kami perlu terus berusaha. Jadi buat masa ini, kami telah memulakan separuh pertama musim 2016 dengan baik, menjadi juara Piala Sumbangsih, juara Piala FA, suku akhir Piala AFC dan tangga teratas Liga Super Malaysia. Boleh tahan,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Ismail bertitah, walaupun pada masa ini semua pasukan dalam Liga Malaysia sedang berehat, tetapi baginda dan pengurusan JDT akan terus berusaha untuk memperbaiki apa sahaja yang boleh dalam setiap aspek.

Titah baginda, pihaknya tidak mudah berpuas hati dan berasa selesa sebaliknya bersungguh untuk mencapai kemajuan dan mencipta sejarah buat kelab itu.

“Kami tidak pernah berehat. Itu menunjukkan bagaimana setiap orang di dalam kelab JDT berazam dan menumpukan perhatian ke arah matlamat kami.

“Kami menggunakan waktu rehat ini untuk meningkatkan lagi falsafah, teknologi inovasi bola sepak, status kewangan kelab dan juga menaik taraf kemudahan JDT,” titah baginda.

Tunku Ismail dalam pada itu mengucapkan selamat menyambut Ramadhan tahun ini kepada penyokong JDT beragama Islam di seluruh dunia. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JDT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

24/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengisytiharkan 25 Mei ini sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi negeri Johor sempena kejayaan Johor Darul...

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd