• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Hantar Permohonan Rasmi Kepada FAS

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan hasrat untuk mendapatkan pemain tengah Selangor, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham apabila menghantar permohonan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada 23 dan 27 Jun lepas.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Mohd Fahmy Yahya menerusi entri terbaharu dalam laman Facebook JDT; The Southern Tigers hari ini, mengesahkan mereka kini sedang mengadakan rundingan rasmi dengan FAS untuk mendapatkan khidmat pemain tengah skuad Harimau Malaysia itu.

Mohd Azrif sebelum ini, meminta FAS melepaskan beliau bagi membolehkannya menyertai JDT, sambil menambah bersedia menebus baki nilai kontrak beliau bersama FAS berjumlah RM720,000.

Pengurus skuad Liga Super Selangor, Amirudin Shari bagaimanapun dilaporkan bertegas FAS tidak akan melepaskan Mohd Azrif pada pertengahan musim, namun bersedia berbuat demikian selepas berakhir saingan Liga Malaysia musim ini.

Isu perpindahan Mohd Azrif ke JDT bukan perkara baharu memandangkan pemain berkenaan pernah menyatakan hasrat menyertai skuad Harimau Selatan pada awal musim saingan Liga Malaysia, namun ditolak pengurusan FAS.

Jendela perpindahan pemain bagi pendaftaran kedua yang ditetapkan Football Limited Liability Partnership (FMLLP) yang menguruskan Liga Malaysia, dibuka dari 20 Jun hingga 15 Julai, untuk pemain asing dan tempatan. – BERNAMA

Tags: JDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd