• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Timbang Sekat Perniagaan Donald Trump

oleh Ahmad Albab
21/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla semalam melahirkan kebimbangan mengenai komen negatif calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terhadap orang Islam.

Jusuf berkata, diskriminasi mengikut agama boleh mencetuskan tindak balas dari negara lain yang tidak bersetuju dengan calon pemimpin itu.

Dalam satu wawancara dengan Reuters, Jusuf menegaskan kerajaan Indonesia tidak gembira dengan pendapat Trump mengenai Islam.

Kenyataan Jusuf itu adalah reaksi pertama pemimpin tinggi negara paling ramai umat Islam itu terhadap kempen agresif Trump.

“Di negara terutama negara besar, membuat dasar mengenai radikalisme atau diskriminasi menurut agama adalah satu isu yang buruk.

“Pasti akan ada dasar yang menentang dasar ini dari negara lain,” kata Jusuf yang menambah kesannya mungkin dirasai pada ekonomi dan perdagangan.

Kenyataan Trump yang bersifat memusuhi Islam termasuk menghalang penganut Islam memasuki AS mencetuskan kebimbangan di beberapa negara Asia mengenai dasar pengasingan oleh negara kuasa besar itu.

Di Indonesia, ramai ahli politik dan wakil rakyat mula memikirkan cadangan mengehadkan perdagangan dan pelaburan dengan AS sekiranya Trump menjadi presiden.

Trump sebelum ini menjalinkan kerjasama bagi mengendalikan beberapa resort mewah di Bali dan Jawa.

Trump Hotel Collection pada tahun lalu mengumumkan kerjasama dengan syarikat tempatan, PT Media Nusantara Citra untuk menguruskan hotel berkenaan, pelaburan pertama Trump di Asia.

“Sudah pasti ada kesannya, bukannya pada Indonesia, tetapi pada perniagaannya sendiri,” kata Jusuf yang merujuk pelaburan Trump itu. – Reuters/BH ONLINE

Tags: Jusuf Kalla
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jerebu: Indonesia Sambut Baik Langkah Proaktif Najib Bantu Atasi Masalah

28/10/2015
0

JAKARTA - Indonesia menyambut baik langkah proaktif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengunjungi Presiden Joko Widodo untuk...

Potret Jokowi Senyum Nampak Gigi Jadi Rebutan

18/11/2014
0

JAKARTA – Di negara kita, potret rasmi Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri atau Perdana Menteri hanya dicetak eksklusif Jabatan Penerangan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd