• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Potret Jokowi Senyum Nampak Gigi Jadi Rebutan

oleh
18/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Di negara kita, potret rasmi Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri atau Perdana Menteri hanya dicetak eksklusif Jabatan Penerangan Malaysia dan itu pun ambil masa agak lama sebelum diedar secara percuma kepada rakyat di pejabat penerangan daerah.

Lain pula cerita di Indonesia kerana potret rasmi presiden baharu Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra disebut Jokowi dan naib beliau, Jusuf Kalla boleh dicetak mana-mana penerbit tempatan tetapi ia dijual pada harga tertentu mengikut saiz dan jenis bingkai.

Namun, masyarakat Indonesia kini bukan sahaja boleh dapat gambar dua pemimpin tersebut yang sudah ada di pasaran dua minggu lepas pelantikan dua kenamaan tertinggi republik itu, malah dua versi berbeza iaitu: tanpa nampak gigi dan wajah dengan bergigi.

potret jokowi

Mungkin teruja dengan transformasi bersahaja pemimpin berkenaan, rakyat Indonesia dilaporkan berebut-rebut mahu mendapatkan potret ‘mesra rakyat’ memaparkan wajah Jokowi dan Jusuf dengan wajah senyum dan nampak gigi yang tampak lebih semula jadi.

Akhbar berpengaruh Kompas hari ini melaporkan, banyak kedai foto tidak menang tangan menjual foto versi tampak gigi yang didakwa diperoleh daripada penerbit Grafika Jaya di Jakarta Barat yang diketahui diberi izin rasmi merakamkan gambar dua pemimpin itu.

Lazimnya, peniaga menawarkan dua versi foto dan ramai pada mulanya ragu-ragu dengan foto rasmi yang agak serius garang terus memilih foto tampak gigi kerana sesuai dengan imej Jokowi dikenali suka senyum dan ketawa kecil apabila berbual secara santai.

Seorang pelanggan melihat beberapa potret rasmi Presiden Indonesia, Joko Widodo dan naibnya, Jusuf Kalla di sebuah kedai gambar di Jakarta.
Seorang pelanggan melihat beberapa potret rasmi Presiden Indonesia, Joko Widodo dan naibnya, Jusuf Kalla di sebuah kedai gambar di Jakarta.

Ini bukan kali pertama dua versi diterbitkan malah ketika Susilo Bambang Yudhoyono dan naibnya, Prof. Dr. H. Boediono sebelum itu, dua jenis wajah dikeluarkan sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat tempatan untuk memilihnya.

Berbeza dengan regu Jokowi- Jusuf, ketika itu ramai lebih gemar memilih foto kedua Susilo-Boediono yang tampak serius bibir rapat tanpa gigi sesuai dengan penampilan mereka berbanding versi pertama memaparkan senyum lebar hingga terlihat sedikit gigi. – Agensi

Seorang peniaga di Jakarta menunjukkan potret rasmi Presiden Jokowi yang tampak sedikit gigi sambil tersenyum dan menjadi pilihan ramai pembeli. – Gambar Agensi Berita Rasmi Indonesia (Antara)
Tags: IndonesiaJokowiJusuf KallapotretSusilo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd