• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: Indonesia Sambut Baik Langkah Proaktif Najib Bantu Atasi Masalah

oleh Ahmad Albab
28/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Indonesia menyambut baik langkah proaktif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengunjungi Presiden Joko Widodo untuk berbincang dan memberi cadangan bagi mengatasi masalah kebakaran hutan serta ladang di republik itu.

Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berkata langkah Najib itu perlu dicontohi oleh negara jiran lain supaya tidak hanya melemparkan kritikan sedangkan Indonesia sendiri bergelut dengan masalah jerebu.

“Indonesia berterima kasih dengan Pak Najib dan semua… secara formal ada persetujuan di peringkat ASEAN tentang kebakaran (hutan dan ladang)…(dan) kalau perlu diatasi bersama, Indonesia berterima kasih atas usaha bersama-sama.

“Indonesia telah berusaha dengan menggunakan 20 pesawat lima batalion tentera dan rakyat awam,” katanya dalam wawancara khas bersama Bernama di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Ketika melakukan lawatan kerja singkat di Jakarta baru-baru ini, Najib mengadakan pertemuan dengan Presiden Joko, atau dikenali sebagai Jokowi, untuk membincangkan isu jerebu dan kerjasama industri kelapa sawit.

Dalam pertemuan empat mata itu, perdana menteri memberi cadangan kepada Indonesia supaya membina telaga tiub iaitu satu daripada langkah mengawal kebakaran hutan sebagai alternatif kepada cadangan asal Indonesia untuk membina terusan yang mengambil masa tiga tahun.

Jokowi, yang bersetuju dengan cadangan itu, berkata Indonesia akan menghantar pihak berkuasanya untuk mengkaji pembinaan dan keberkesanan telaga tiub itu seperti yang dilaksanakan oleh Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Jusuf berkata asap jerebu yang melanda Malaysia dan Singapura adalah atas faktor angin dan oleh sebab itu, Indonesia tidak dapat mengawal jerebu daripada melanda ke negara lain.

“Soal asap (jerebu) bagi Indonesia sangat menyulitkan kerana penduduk yang kena banyak di Sumatera dan Kalimantan di Indonesia. Kita tidak bisa (boleh) control (kawal) angin, alam yang kawal angin dan membawa asap sampai ke Singapura dan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata sebagai negara jiran, semua pihak harus saling bantu membantu termasuk ketika sesebuah negara dalam kesusahan dan begitulah ketika Indonesia membantu memberi udara segar dengan hutan-hutannya kepada negara jiran.

“Kalau bertertangga (berjiran) kita dapat menikmati sama-sama, yang baik kita menikmati yang sulit sama-sama kena. Kalau udara bagus clean energy, clean weather... Malaysia juga menikmati dari hutan di Indonesia dan kalau ada asap apa boleh buat. Maka kita bekerjasama dalam kebaikan dan mengatasi yang susah,” katanya.

Mengenai kegiatan penduduk tempatan yang membakar ladang dan hutan, naib presiden itu berkata walaupun terdapat punca kebakaran disebabkan faktor manusia namun ia dibantu oleh musim kemarau.

Katanya kerajaan Indonesia mempunyai rancangan jangka panjang untuk mengatasi masalah kebakaran hutan dengan mengehadkan kawasan ladang terutamanya di kawasan tanah gambut dan tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang melakukan kebakaran termasuk syarikat dari Malaysia.

Jusuf berkata rakyat tempatan yang terbabit membakar hutan dan ladang adalah golongan yang tidak berkemampuan untuk memiliki peralatan serta jentera berat dan kerajaan telahpun mengambil tindakan terhadap mereka.

“Mereka tidak mempunyai alat berat, tidak punya bulldozer (jentolak), excavator (mesin pengorek) untuk buat kebun maka mereka membakar, tapi itu sudah dilarang oleh polis. Sudah banyak orang dihukum, banyak orang tiap tahun masuk penjara dan banyak juga perusahaan dikenakan denda kerana melakukan kebakaran,” katanya.

Indonesia mengalami masalah jerebu paling serius pada tahun ini meliputi tempoh lebih tiga bulan akibat kebakaran terbuka yang gagal dikawal terutamanya di kawasan tanah gambut.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan seperti Palangkaraya dan Pontianak di Kalimantan pernah mencecah lebih 2,000 manakala di Jambi dan Riau di Sumatera pula bacaan IPU pernah mencecah lebih 1,000.

Keadaan asap tebal yang menyelimuti wilayah itu mengakibatkan Malaysia dilanda jerebu tebal sehingga kerajaan mengambil langkah menutup sementara sekolah secara tidak menentu berdasarkan bacaan IPU di beberapa buah negeri. – BERNAMA

Tags: IndonesiaJerebuJokowiJusuf KallaNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd