• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu, Anak & Menantu Dipenjara 3 Tahun, Curi Barang Kosmetik

oleh Ahmad Albab
22/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Seorang ibu tunggal, tiga anak dan seorang menantu perempuannya dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini, selepas mengaku bersalah mencuri pelbagai barang kosmetik, di Bandar Tenggara di sini, Jumaat lepas.

Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman itu terhadap, Rohaya A Rahman, 57, tiga anaknya, Maimunah Che Abdullah, 26, Noriza, 39 dan Nurul Fatihah, 19, serta menantunya, Zariah Zakariya, 37, selepas mereka membuat pengakuan atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa.

Kesemua mereka yang menangis sejurus hukuman ditetapkan, didakwa secara bersama-sama mencuri di dalam bangunan dengan mengambil 17 barang kosmetik pelbagai jenama bernilai RM2,171.50 di kedai Produk Kesihatan dan Kecantikan Sri Tanjung, Jalan Anggerik 4/1, Taman Anggerik, Bandar Tenggara, di sini, kira-kira 11.40 pagi, 17 Jun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda manakala bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya boleh dipenjara dengan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shefiuddin yang memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal atas faktor kepentingan awam, mengambil kira perbuatan terbabit mencemar bulan Ramadan selain Rohaya sepatutnya menasihati anak serta menantunya dan bukannya turut terlibat dengan perbuatan itu.

Peguam kesemua tertuduh, Nik Raihan Nik Jaafar pula memohon mahkamah meringankan hukuman dengan alasan kesemua anak guamnya mempunyai anak antara seorang dan sembilan orang, selain itu Nurul Fatihah juga sedang mengandung enam bulan.

Mazana kemudian memerintahkan kesemua mereka dipenjara tiga tahun dengan hukuman terbabit bermula dari tarikh tangkapan iaitu 19 Jun lepas (Ahad). – BERNAMA

Tags: Kes CuriPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd