• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Seru Pertubuhan Cina Halang Hudud

oleh Ahmad Albab
04/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP menyeru pertubuhan-pertubuhan Cina memberi tekanan kepada pemimpin kerajaan berketurunan Cina supaya mengagalkan usaha PAS melaksanakan undang-undang hudud di negara ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau membuat seruan itu khususnya ke atas Dewan Perniagaan Cina, Dewan Perhimpunan Cina dan “Federation of Chinese Guilds and Associations”.

“Saya menyeru mereka memberi tekanan kepada Menteri MCA menjelaskan mengapa mereka tidak meminta Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) diadakan untuk menamatkan sepenuhnya masalah yang disebabkan oleh rang undang-undang hudud Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tentang usul untuk meminda Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah sedia ada yang dibawa oleh Presiden PAS yang juga Anggota Parlimen Marang baru-baru ini.

Abdul Hadi sebelum ini membentangkan usul pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian (Pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2015) Akta 355 di Parlimen.

Ia antara lain bertujuan memperkasakan institusi Mahkamah Syariah dalam negara namun dilihat oleh Pakatan Harapan sebagai usaha untuk melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia. – mynewshub.cc

Tags: DAPKaum CinaNGO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Buat Keputusan Kekal Atau Keluar Kerajaan Pada 16 Ogos – Anthony Loke

DAP Buat Keputusan Kekal Atau Keluar Kerajaan Pada 16 Ogos – Anthony Loke

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – DAP akan menyerahkan kepada lebih 4,000 perwakilan parti untuk menentukan sama ada parti itu akan terus kekal...

[TIDAK RASMI] Anthony Loke Tewas Di Chennah, BN Dapat Kepercayaan Pengundi

[TIDAK RASMI] Anthony Loke Tewas Di Chennah, BN Dapat Kepercayaan Pengundi

01/08/2026
0

SEREMBAN - Kejutan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah apabila calon Pakatan Harapan, Anthony Loke Siew Fook tewas kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd