• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Dah Tahu Anak Kecil, Tak Payah La Datang Masjid!”

oleh AK-47
22/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENDIDIK anak menerusi pendekatan agama sememangnya begitu digalakkan lebih-lebih lagi pada awal peringkat usia mereka.

Maka, adalah tidak salah membawa anak-anak kecil ke masjid, namun perhatikan juga kelakuan anak itu agar tidak mengganggu jemaah lain yang sedang bersolat.

Mereka haruslah dipantau dan kita sebagai orang dewasa tidak salah hendak menegur, namun tegurlah dengan cara baik, bukannya menghalau mereka balik.

Di laman sosial, kisah mengenai seorang ayah ditengking oleh seorang pakcik akibat anak-anaknya yang terlalu aktif sehingga mengganggu jemaah masjid telah mendapat perhatian meluas netizen di media sosial.

Kami kongsikan semula kisah sebenar seperti yang diceritakan oleh saudari Siddiqah Ekhbal ini agar orang ramai lebih menerima kehadiran kanak-kanak di masjid dengan hati yang terbuka.

"Dah Tahu Anak Kecil, Tak Payah La Datang Masjid!"

“Ruang belakang masjid bising, kedengaran suara pakcik yang sedikit tegang memarahi seorang bapa kepada dua orang anak kecil. Anaknya dalam lingkungan 4 dan 6 tahun. Perempuan.

“Dah tahu anak kecik, tak payah la bawak datang mesjid. Bising, tak pandai nak hormat masjid. Dari tadi lagi aku perhati. Jangan buat masjid macam rumah sendiri.

“Si bapa kelihatan tertunduk-tunduk sambil meminta maaf lalu laju keluar dari bahagian utama masjid. Imam yang tadinya sedang membaca al quran sementara menunggu waktu solat masuk, terpanggil untuk pergi mendekati bapa itu.

“Berlari sedikit dia mengejar bapa yang sedang terkocoh-kocoh memakaikan selipar kepada anak-anaknya. Terlihat air mata pada wajah bapa itu. Imam memberi salam, dan mengajak si bapa duduk sebentar di kerusi luar bahagian utama solat, lalu bertanya kenapa.

“Tidak semena mena si bapa menangis terduduk di situ. Esakannya tidak gagal memenuhi ruang itu. Tidak dipedulikan renungan orang yang lalu lalang. Seperti sudah lama tangisan itu tertahan, dan hari ini ia dihamburkan semahu mungkin.

“Saya tak tahu nak buat apa lagi pakcik. Saya baru kehilangan isteri empat bulan lepas. Saya rindu dia. Saya baru diberhentikan kerja kerana selalu ambik cuti, anak saya yang bongsu ni sering sakit sakit lepas mak dia takde.

“Masa depan saya kabur. Saya tak boleh nak hantar mereka ke pengasuh. Selepas isteri saya pergi, saya macam dah hilang semua, sekarang saya nak solat pon, air mata makin laju keluar, orang tak bagi. Ujian apa ni pakcik.

“Dipendekkan cerita, imam menenangkan si bapa tadi, lalu mengajaknya masuk semula ke dalam masjid.

“Like literally, kalau imam tu tidak bertindak segera, mungkin ada seorang lagi manusia yang akan berputus asa pada agamanya.

“Be kind, be tolerate. Kalau tak mampu nak dekatkan orang pada agama, jangan jauhkan mereka pada agama.”

P/s: daripada cerita benar. ‪#‎thesunnahthebetter‬ – MYNEWSHUB.CC

 

BERKAITAN ISU YANG SAMA…SILA BACA:

Nabi Tak Pernah Halau Anak-Anak Ke Saf Belakang…

Tags: anakmasjid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd