• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biadap, Lelaki Israel Kritik Undang-Undang Malaysia

oleh AK-47
14/06/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN seorang lelaki Israel membuat kenyataan provokasi di laman sosial berhubung kedaulatan undang-undang negara Malaysia, mengundang reaksi marah netizen.

Menerusi pautan gambar di halaman Facebooknya, Rudy Rochman memegang pasport Israel dengan berlatar belakangkan bangunan Menara Kembar Petronas sambil mengeluarkan kenyataan seolah-olah Malaysia mengamalkan diskriminasi.

Dia yang juga bekas tentera Israel mengakui singgah sebentar di Kuala Lumpur menggunakan pasport Perancis disebabkan mempunyai dua kerakyatan.

israel2

“Di belakang saya adalah Menara Kembar Petronas dan saya berjaya ke Malaysia untuk sehari menggunakan pasport kerakyatan Perancis.

“Walaupun saya tak menyarankan (rakyat Isreal yang lain) datang ke Malaysia tetapi saya rasa adalah perlu untuk merakam gambar ini untuk meningkatkan kesedaran orang ramai.

“Walaupun ada segelintir rakyat Malaysia yang menyokong Israel secara diam-diam, kerajaan Malaysia dan penduduknya terus menyokong pengharaman ini terhadap rakyat Israel.

“Jika anda tidak tahu mengenai perkara ini, sila kongsikan agar yang lain sedar dengan sikap (kerajaan Malaysia) yang tidak bertoleransi ini,” katanya.

Rata-rata netizen menempelak perbuatan bekas tentera Israel itu yang seakan mahu jadikan undang-undang Malaysia satu isu antarabangsa.

“Cuba untuk meraih simpati atas nama diskriminasi, tetapi lupa hakikat mereka menjajah bumi Palestin dan membunuh ribuan umat Islam di sana saban tahun. Malaysia negara yang berdaulat. Negara ini boleh tetapkan apa saja undang-undang, termasuk isu hubungan dengan Israel,” komen Mohd Hazizi.

“Israel sangat sinonim dengan pencerobohan. Sudah menceroboh negara berdaulat Palestin, sekarang nak ceroboh Malaysia pula? Nampak sangat pintu masuk negara kita ini lemah,” kata Amir Zain.

Bagaimanapun, ada segelintir yang menganggap perkara itu adalah biasa dan ini bukan pertama kali rakyat Israel masuk ke Malaysia.

“Apa yang peliknya Yahudi masuk ke Malaysia? Orang Malaysia nak masuk ke Israel pun boleh, atas alasan buat lawatan,” tulis Azuan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: IsraelMalaysiaYahudi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd