PASANGAN selebriti terkenal Indonesia, Ahmad Dhani dan Mulan Jameela selamat menimang cahaya mata lelaki, Sabtu lalu.
Berita gembira itu dimaklumkan oleh Ahmad Dhani yang juga merupakan vokalis kumpulan Dewa.
“Dengan rahmat Tuhan dan didorong keinginan luhur telah hadir di muka bumi seorang titah yang akan mententeramkan dan mengharmoniskan seluruh alam…. Gusti nyembadani….Rahayu Kalis Ing Sambikala…,” tulis Ahmad Dhani pada akaun Instagram dan Twitter.
Bayi yang diberi nama Ahmad Syailendra Aerlangga, merupakan anak kedua hasil perkahwinan Ahmad Dhani dan Mulan selain anak perempuan bernama Safeea, 6.
Ahmad Dhani turut mempunyai tiga cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu bersama penyanyi dan komposer Maia Estianty (kumpulan Ratu) iaitu Ahmad Al Ghazali, 18, El Jalaluddin Rumi, 16 dan Abdul Qodir Jaelani, 14.
BACA: Ahmad Dhani Cerita Mengapa Dia Ceraikan Maia, Nikahi Mulan

Mulan juga mempunyai dua cahaya mata lain iaitu Tyarani Nugraha dan Daffi Nugraha menerusi perkahwinan terdahulunya.
Dalam pada itu, Ahmad Dhani dilaporkan kini sedang sibuk berkempen untuk bertanding dalam pemilihan Gabenor Jakarta 2017. – MYNEWSHUB.CC