• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

400 Pusat Tuisyen Rakyat Dibuka Seluruh Negara Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
01/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyediakan 400 pusat Tuisyen Rakyat secara percuma di seluruh negara khusus untuk pelajar yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata program tersebut memberi tumpuan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan RM3,500 ke bawah serta pelajar berprestasi sederhana.

Beliau berkata sebanyak RM8 juta diperuntuk untuk pelaksanaan program itu tahun ini yang dilaksanakan secara bersama oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

“Kementerian akan berbincang dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dari segi syarat pelajar dan lokasi yang bersesuaian untuk pusat tuisyen ini.

“Seramai 30,000 pelajar disasar terlibat dalam program ini dan sekurang-kurangnya sebuah pusat tuisyen di setiap Parlimen, namun kawasan parlimen yang besar, mungkin kita akan letak dua pusat tuisyen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Tuisyen Rakyat@KKLW di Dewan Jubli Kuala Kangsar di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata pusat tuisyen itu memfokuskan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi pelajar UPSR, manakala bagi SPM adalah mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains serta Sejarah.

“Program ini juga menyediakan seminar kecemerlangan seperti teknik menjawab peperiksaan, kelas intensif serta motivasi sebagai persediaan tambahan sebelum menghadapi peperiksaan,” katanya.

Ismail Sabri berkata guru yang terlibat dalam program Tuisyen Rakyat itu akan dibayar elaun.

Katanya Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dan Risda telah menyediakan sebanyak 348 pusat tuisyen seumpama itu di seluruh negara, namun ia masih memerlukan penambahbaikan. – BERNAMA

Tags: Ismail SabriPerak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd