• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Islam Saman Polis Tanggalkan Tudungnya

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Seorang wanita Islam memfailkan saman terhadap polis di California kerana mendakwa tudungnya ditanggalkan secara paksa selepas ditangkap berikutan waran ke atasnya.

Menurut aduan terhadap bandar raya Long Beach dan jabatan polis, Kirsty Powell dan suaminya diarah berhenti oleh dua pegawai ketika memandu pulang ke rumah mereka pada Mei tahun lalu.

Beliau ditangkap berikutan dua waran yang dikeluarkan ke atasnya, satu berkaitan dakwaan saudara perempuannya menggunakan identiti beliau secara salah dan satu lagi berkaitan kejadian mencuri di kedai runcit pada 2002.

Powell, warga AS berketurunan Afrika, mendakwa ketika ditahan di balai polis, salah seorang pegawai menanggalkan tudungnya secara paksa di depan pegawai dan tahanan lelaki, sambil berkata beliau ‘tidak dibenarkan memakai tudung’ dan anggota polis ‘dibenarkan menyentuh wanita’.

Saman menyatakan Powell berhadapan malu, penghinaan, penderitaan mental dan tekanan emosi berterusan berikutan kejadian itu.

“Tindakan diambil pegawai polis Long Beach tidak wajar dan pencabulan serius terhadap maruah Powell.

“Layanan oleh pegawai Jabatan Polis Long Beach terhadap Powell menunjukkan salah guna kuasa ke atas wanita berkulit gelap yang tidak mampu mempertahankan diri dan satu lagu contoh diskriminasi dihadapi wanita bertudung,” kata peguam cabang Majlis Perhubungan Amerika-Islam di Los Angeles, Yalda Satar. – AFP/BH ONLINE

Tags: polissaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd