Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Banyak Masalah M’sia, Indonesia...

JAKARTA - Banyak masalah melibatkan hubungan Malaysia dan Indonesia boleh diselesaikan dengan cara...

Tak Logik! Mahasiswi UIN...

YOGYAKARTA - Universiti Islam Negeri (UIN) Sunan Kalijaga bakal mengadakan sesi kaunseling terhadap...

Bella Beri Keterangan Secara...

KUALA LUMPUR : Saksi pendakwaan remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun dikenali...

Golongan Sasterawan Punca Tulisan...

KUALA LUMPUR - Mungkin ramai tidak tahu sejarah tergugatnya kedudukan tulisan Jawi sebagai...

Tiada Niat Cederakan Atau Bunuh Dharmendran

KUALA LUMPUR – Pegawai Operasi Cawangan Jenayah Berat (D9) Inspektor S. Hare Krishnan memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau dan tiga anggotanya tidak merancang atau berniat mencederakan atau membunuh N. Dharmendran, tahanan yang mati di dalam lokap polis pada 2013.

Hare Krishnan, 43, yang ketika itu bertugas di cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berkata beliau juga tidak melakukan sebarang bentuk kecederaan terhadap Dharmendran, yang ketika itu ditahan atas dakwaan cuba membunuh membabitkan senjata api.

Hare Krishnan, yang kini digantung tugas, turut menafikan beliau dan tiga anggotanya terlibat dalam pembunuhan Dharmendran.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan utama peguam M. Athimulan, yang mewakilinya semasa membela diri dalam kes pembunuhan Dharmendran di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamardin Hashim.

Hare Krishnan memberitahu mahkamah bahawa bagi kes itu, beliau tidak menyoal siasat Dharmendran sebaliknya tugas itu dilakukan anggota soal siasat, dan beliau juga tidak memberi arahan kepada anggotanya untuk menyoal siasat Dharmendran.

Mengenai keselamatan Dharmendran di dalam lokap, Hare Krishnan memberitahu bahawa ia adalah tanggungjawab pegawai penjaga lokap dan pegawai 24 jam, dan bukan tanggungjawabnya.

Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui berita kematian Dharmendran, Hare Krishan memberitahu beliau mengetahuinya melalui panggilan telefon daripada anggota bertugas 24 jam, Koperal Nizam, pukul pada 4.30 petang 21 Mei 2013.

Katanya pada masa itu beliau berada di rumahnya di Cheras di sini selepas pulang daripada mengambil keterangan seorang mangsa tembak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Sementara itu, semasa pemeriksaan balas Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim, Hare Krishnan memberitahu beliau tidak pernah menemui Dharmendran di dalam lokap walaupun mempunyai akses untuk berjumpa dengannya.


Hare Krishnan, Sarjan Jaffri Jaafar, 46, Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 47, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 34, didakwa membunuh Dharmendran, 32, di bilik soal siasat Bahagian Jenayah Berat (D9), Tingkat 7, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah antara 18 dan 21 Mei 2013.

Mereka berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 12 Dis 2014, Hakim Kamardin membebaskan keempat-empat pegawai dan anggota polis itu daripada pertuduhan membunuh, di akhir kes pendakwaan tanpa memanggil mereka membela diri.

Bagaimanapun pada 26 Feb 2016, Mahkamah Rayuan memerintahkan kesemua lelaki itu membela diri atas pertuduhan membunuh Dharmendran selepas mengetepikan pembebasan mereka oleh Mahkamah Tinggi.

Pada 28 April 2016, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang ditubuhkan untuk menyiasat kematian Dharmendran, mendapati kematiannya pada 21 Mei 2013 adalah akibat daripada penggunaan kekerasan fizikal oleh pihak polis.

Perbicaraan bersambung esok. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • bunuh

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori