• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangkak Diisytihar Sebagai Daerah Pelancongan

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANGKAK – Tangkak diisytihar sebagai daerah pelancongan, malam tadi, sejajar hala tuju kerajaan Johor dan Pelan Induk Perancangan Negeri Johor 2016-2020 untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi di daerah itu.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Ir Hamim Samuri berkata Tangkak bertuah kerana dianugerahkan keindahan alam semulajadi yang sering menjadi tumpuan pelancong, khususnya Gunung Ledang yang kaya dengan pelbagai flora dan fauna.

“Sebagai langkah awal, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersetuju menyalurkan peruntukan berjumlah RM200,000 untuk mewujudkan taman mini ajaib di sebelah Masjid Tangkak dan peruntukan memperindahkan lanskap kawasan Tol Tangkak dengan spesies tumbuhan Gunung Ledang manakala Tol Bukit Gambir akan dihiasi tumbuhan hutan negeri Johor bernilai RM800,000.

“Di samping itu, peruntukan sebanyak RM200,00 diluluskan bagi membina skrin elektronik di Dataran Ledang bagi kemudahan penduduk Tangkak menonton perlawanan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran daerah Tangkak sebagai daerah pelancongan dan Pelan Pembangunan Strategik Majlis Daerah Tangkak 2016-2020 sempena program Semarak Johor Tangkak 2016 di Dataran Ledang, di sini Sabtu malam.

Program Semarak Johor Tangkak 2016 merupakan anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bertujuan mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Turut dilancarkan serentak ialah buku mewah bertajuk ‘Biodiversity of Gunung Ledang-Mountaineering the Nature’ yang dihasilkan Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar.

Hamim yang juga anggota Parlimen Ledang berkata terdapat 22 produk pelancongan lama dan baharu dikenal pasti dalam draf Rancangan Tempatan Daerah Tangkak 2016-2020 dan hasil kajian tersebut menyasarkan sektor pelancongan sebagai sektor utama yang bakal memacu ekonomi daerah berkenaan.

Beliau berkata antara produk tersebut adalah sawah padi di Sawah Ring, perusahan cendawan, memancing udang galah di Sungai Muar, tanaman sayuran di seluruh daerah Tangkak, pelbagai kebudayaan serta pusat tekstil dan pakaian di bandar Tangkak.

“Peluang ini mestilah direbut dan digunakan dengan sebaiknya oleh penduduk Tangkak kerana sektor pelancongan sebenarnya mampu menjana pulangan lebih lumayan.

“Industri pelancongan juga boleh mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia umpamanya dalam bidang perhotelan, pengangkutan, perusahaan ringan dan bidang lain yang berkaitan dengan sektor pelancongan,” katanya.

Menurut Hamim, dalam keghairahan mengaut keuntungan sektor pelancongan, aspek pemuliharaan alam sekitar perlu diambil berat supaya anugerah yang tidak ternilai di Tangkak itu dapat mendatangkan manfaat berganda kepada semua pihak.

Katanya, kerajaan persekutuan dan kerajaan Johor juga akan memberi penekanan dalam meningkatkan kedatangan pelancong dari dalam mahupun luar negara.

“Untuk masa hadapan, beberapa tarikan baharu akan dibina di Tangkak antaranya ialah litar perlumbaan di Gerisik dan pusat pameran perabot bagi menambah tarikan di daerah ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: JohorPelancongan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

03/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor kini sedang melangkah ke hadapan sebagai pusat pertumbuhan serantau yang semakin mendapat perhatian dunia selepas hampir...

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 pelajar daripada keluarga B40 di Johor bakal menerima pek SIM prabayar YES 5G percuma hasil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd