Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

Seorang Lelaki, Wanita Ditahan...

JOHOR BAHARU - Polis menahan seorang lelaki dan wanita serta merampas sepucuk pistol...

Hasrat Pesakit Kanser Jejak...

KUALA LUMPUR - Kegembiraan jelas terpancar di wajah Syafiyah Nur Zahra Mohd Faizal,...

Sambut Baik Jika RUU...

IPOH - Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria menyambut baik sekiranya Rang...

Banjir: Pembangkang Terus Ambil...

KUALA LUMPUR - Parti-parti pembangkang memang hebat mengambil kesempatan daripada bencana banjir yang...

‘Saya Jenis Kalau Bercinta Sungguh-Sungguh’ – Hafidz Roshdi

MENDIRIKAN rumah tangga pada usia muda dan semasa namanya sedang meningkat naik, berita perkahwinan pelakon Hafidz Roshdi, 22 pada tanggal 30 April lalu, ternyata mengejutkan industri hiburan tanah air.

BACA: Hero ‘Tundukkan Playboy Itu’ Selamat Bergelar Suami

Berita gembira itu dikongsikan sendiri hero drama Tundukkan Playboy Itu menerusi laman Instagramnya yang memaklumkan dirinya kini sah bergelar suami Nurul Shuhada, 22.

hafidz

 

Menurut Hafidz, dia memilih Nurul sebagai isterinya kerana wanita itu dirasakan sempurna di matanya, memahami dan sentiasa ada ketika susah mahupun senang.

“Sebelum menceburi bidang ini, dia sentiasa menyokong apa yang saya lakukan. Sehingga sekarang dia antara individu yang setia berada di belakang saya.

“Tidak kira dalam apa keadaan sekalipun sama ada ketika ketika bersedih, susah atau pun senang, dia pasti ada. Itu yang membuatkan saya yakin untuk terus bersamanya,” katanya kepada Harian Metro.

Pada masa yang sama, Hafidz mengakui berkahwin awal kerana nazar terhadap keluarga sekiranya berjaya dalam bidang lakonan.

“Perancangan untuk berkahwin ini adalah nazar saya kepada keluarga. Saya pernah memberitahu mereka, jika saya berjaya dalam bidang diceburi dan mendapatkan apa yang diingini, saya mahu berkahwin.

“Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan rezeki berpihak kepada saya. Selepas berbincang dengan keluarga, mereka tidak menghalang malah menyokong niat baik ini,” kata anak sulung daripada empat beradik ini.


Dalam pada itu, Hafidz yang berkenalan dengan isterinya semasa sama-sama menuntut di Malaysia Science University di Shah Alam, Selangor mengakui dia adalah individu yang serius dalam bercinta.

Screen-Shot-2016-03-18-at-9.31.19-PM

“Saya jenis kalau bercinta memang bersungguh-sungguh. Kalau nak tahu, saya pernah jatuh sakit disebabkan putus cinta.

“Sejak itu, ayah selalu berpesan jika bercinta semula biarlah disertakan dengan niat yang betul iaitu bercinta kerana Allah. Pada masa sama, niat untuk dijadikan isteri dan bukannya sekadar suka-suka,” katanya.

Diharap kenyataan yang dikeluarkan oleh Hafidz ini dapat menjawab persoalan peminat-peminat fanatik yang baru-baru ini bertindak biadap mencerca rupa paras isteri Hafidz di laman Instagram dengan membandingkan mereka sebagai pasangan yang jauh langit dan bumi.

BACA: Rakan Artis Back Up Isteri Hafidz Roshdi Yang Dikutuk Tak Cantik

Ini gara-gara ramai peminat tidak dapat menerima hakikat bahawa hero Malaya itu sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita lain.

Insiden itu juga turut menarik perhatian beberapa selebriti seperti Michael Ang, Emma Maembong dan Kamal Adli yang bertindak mempertahankan isteri Hafidz. – MYNEWSHUB.C

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori