• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 3 Pengedar Dadah Di Seberang Jaya

oleh Ahmad Albab
21/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan tiga lelaki dipercayai pengedar dadah dalam serbuan di dalam sebuah rumah di Jalan Tun Hussein Onn, Seberang Jaya di sini dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM6,000 pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata bertindak hasil maklumat awam dan risikan, sepasukan polis menyerbu kawasan itu pada pukul 10 malam dan ketika itu, lelaki berusia 33 tahun berada di situ sambil memegang satu bungkusan plastik.

“Lelaki yang bekerja sebagai buruh itu cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis bagaimanapun gagal dan berjaya ditahan kerana pihak kami terlebih dahulu mengepung kawasan berkenaan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan ke atas lelaki itu dan bungkusan plastik yang dipegangnya, polis menemui dua paket plastik mengandungi serbuk dan ketulan heroin seberat 327 gram (g).

Beliau berkata susulan tangkapan itu, polis turut membuat pemeriksaan di sebuah bilik stor yang terdapat di sebelah rumah berkenaan dan menahan dua lelaki berusia 33 dan 35 tahun yang bersembunyi di situ.

“Pemeriksaan ke atas lelaki terbabit yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pekerja kedai besi buruk itu, polis menemui sepeket daun-daun kering dipercayai ganja seberat 3g dan tiga peket syabu kira-kira 3.4g,” katanya.

Rusli berkata polis turut merampas peralatan menghisap dadah dan peralatan untuk membungkus semula bahan terlarang itu di stor berkenaan.

Polis tidak menolak kemungkinan mereka yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah itu menjadikan stor berkenaan sebagai tempat membungkus semula bahan terlarang berkenaan dalam kuantiti kecil sebelum menjual kepada penagih dadah, katanya.

“Tiga lelaki itu dipercayai aktif mengedar dadah sejak beberapa bulan lepas dan siasatan juga mendapati mereka mendapatkan bekalan dadah dari sindiket sebelum menjual kepada penagih dadah di sekitar Seberang Jaya, Bukit Mertajam dan Butterworth,” katanya.

Katanya mereka yang positif dadah dan mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan narkotik serta jenayah kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Kes itu disiasat menurut Seksyen 39B, Seksyen 12(2), Seksyen 15(1)(a) dan 6 Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.- BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Bersama Kesal Tindakan Kerajaan Perpaduan, Zaman Najib Pembangkang Boleh Guna Dewan Sekolah Cina

Pemimpin Bersama Kesal Tindakan Kerajaan Perpaduan, Zaman Najib Pembangkang Boleh Guna Dewan Sekolah Cina

22/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pusat Bersama, Gue Teck mengecam Kerajaan Perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH) kerana didakwa menyekat penggunaan...

Onn Hafiz Lawat SJKT Taman Tun Aminah, Pastikan Pendidikan Untuk Setiap Anak Johor

Onn Hafiz Lawat SJKT Taman Tun Aminah, Pastikan Pendidikan Untuk Setiap Anak Johor

22/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sekali lagi membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd