• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siapa Bacul? Azmin Atau Pendedah Rasuah Seks!

oleh Ahmad Albab
20/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERSEPIT isu kebocoran maklumat rasuah seks dalam kerajaan Selangor dipercayai didedahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli baru-baru ini, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa konon ia fitnah jahat.

Beliau malah memberi alasan, maklumat yang dikatakan didedahkan oleh Rafizi dalam kumpulan WhatsApp Solidariti For Anwar itu konon satu kempen fitnah yang terancang terhadap pihak kerajaan Selangor.

“Ini merupakan satu tuduhan jijik yang tidak disokong oleh sebarang bukti,” kata Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala Rafizi merupakan Setiausaha Agung parti itu.

“Dalam melaksanakan serangan jahat dan semberono ini, orang yang menuduh sebenarnya mencemarkan nama baik, maruah serta integriti perkhidmatan awam negeri Selangor,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sejak semalam laporan pendedahan amalan rasuah pentadbiran kerajaan Selangor iaitu permintaan perempuan apabila berurusan dengan kerajaan negeri disiarkan oleh portal berita dan dikongsi menerusi media sosial.

Kelakarnya, jika dakwaan khabar angin melibatkan pemimpin Barisan Nasional dengan melibatkan isu sama tidak pula memerlukan apa-apa bukti kukuh malah terus dicanangkan pemimpin pembangkang sebagai benar belaka.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, mereka yang membuat tuduhan itu perlu membawa bukti kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut dan bukan membuat dakwaan di media sosial.

“Menuding jari kepada kerajaan negeri tanpa sebarang bukti dan kemudiannya menjaja tuduhan tersebut kepada semua pihak adalah satu tindakan bacul, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.

“Kita semua bertanggungjawab untuk memelihara nama baik dan maruah kakitangan awam serta eksekutif daripada sebarang tuduhan liar yang tidak bertanggungjawab,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: Azmin AliKerajaan Selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd