• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permaisuri Sedih KMJ Kali Ini Tanpa Ku Lil

oleh AK-47
15/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMBARA Mahkota Johor merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Acara itu turut melibatkan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia Almarhum Sultan Idris Shah dan anakanda baginda bersama-sama mencemar duli akan melawat rakyat-rakyat jelata dalam siri jelajah KMJ di sekitar negeri Johor.

Namun, sebagai seorang ibu, Raja Zarith Sofia masih lagi merasai kehilangan anakanda keempat baginda, Tunku Jalil yang mangkat pada 5 Disember tahun lalu akibat kanser hati.

Menulis luahan baginda dalam laman Facebook rasminya, Raja Zarith bertitah,

“Sayangku, Lil.

“Paduka kekanda sulung mu, adindanya Che’ Puan Khaleeda serta kekanda Inah, kini berada di Kuala Lumpur bagi keberangkatan ke pertandingan bolasepak malam ini dan tidak bersama kami pagi tadi.

“Sepertimana di kala lain apabila kami semua bersama di majlis-majlis rasmi, Mama akan mengira berapa orang anak lelaki Mama yang turut serta bersama Mama. Mama kekurangan seorang.

“Lil yang tiada rupanya.

“Benar bak kata kekanda mu, Idris : bagaimana pun sukarnya, kami perlu terus tersenyum, berjumpa semua yang ada, dan terus menunaikan tanggungjawab kita. Hidup ini tidak akan sama lagi seperti dahulu.

“Moga Lil berada dikalangan mereka yang beriman,” tulis baginda.

tunku jalil

This kembara will be different and will always be from now on. But we must carry on with our duties. #KMJ16

A photo posted by @tunku_idris on May 13, 2016 at 5:56pm PDT

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah agar roh Tunku Jalil atau lebih mesra disapa Ku Lil ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman. Amin. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Johortunku jalil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Jadi ‘Kaki Claim’, Banyak Projek Johor Bermula Sebelum Kerajaan Madani

Jangan Jadi ‘Kaki Claim’, Banyak Projek Johor Bermula Sebelum Kerajaan Madani

30/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemuda UMNO mengingatkan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak jadi 'kaki claim' kerana sebahagian projek berskala besar di...

Pastikan Johor Terus Aman, Stabil, Maju Dan Makmur – Onn Hafiz

Pastikan Johor Terus Aman, Stabil, Maju Dan Makmur – Onn Hafiz

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Seluruh jentera Barisan Nasional (BN) berpegang kepada satu matlamat demi Bangsa Johor iaitu memastikan Johor terus aman,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd