• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Helikopter: Majlis Raja-Raja Rakam Ucapan Takziah

oleh Ahmad Albab
11/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja merakamkan ucapan takziah kepada semua anggota keluarga mangsa nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada Khamis lepas.

Ucapan berkenaan dizahirkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-241 di Istana Negara di sini, hari ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Sri Syed Danial dalam satu kenyataan hari ini berkata Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja turut bersedih dengan kejadian yang berlaku dan berdoa serta berharap semoga ahli keluarga mangsa tabah menghadapinya.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja selama sehari itu dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan dihadiri semua raja Melayu kecuali Johor yang tidak diwakili.

Dalam tragedi Khamis lepas, helikopter jenis Eurocopter AS350 yang dinaiki lima penumpang serta juruterbang, terhempas di Sungai Batang Lupar di Sebuyau.

Mereka yang terkorban dalam nahas itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah; pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun; Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Dr. Sundaran Annamalai dan juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas. – BERNAMA

Tags: nahas helikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd