• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Helikopter: Karnival UMNO Dibatalkan

oleh Ahmad Albab
07/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Karnival Himpunan Hari UMNO sempena ulang tahun ke-70 parti itu yang dijadual berlangsung di Dataran Merdeka pada 14 Mei ini dibatalkan.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata keputusan itu dibuat kepimpinan parti yang sedih dan berdukacita atas insiden nahas helikopter AS350 yang melibatkan enam penumpang termasuk pemimpin UMNO.

“Walaupun persiapan telah dibuat sepenuhnya dan perancangan telah dilakukan, kami berpandangan ini bukan masa sesuai untuk meneruskan acara tersebut apatah lagi rasa sedih yang bukan saja menyelubungi ahli keluarga mangsa tetapi juga ahli UMNO dan rakyat seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Adnan berkata pembatalan itu termasuk acara sukan UMNO dan larian bendera UMNO yang kini berlangsung di seluruh negara.

Bagaimanapun, katanya, sambutan ulang tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang dijadualkan pada 11 Mei akan diteruskan secara sederhana termasuk bacaan surah Yasin dan Tahlil bagi mengenang pemimpin terdahulu, perjuangan UMNO dan memperingati mangsa nahas helikopter itu.

“UMNO juga merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa dan kami terus berdoa agar usaha pencarian mangsa nahas berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT,” katanya.

Dalam nahas Khamis lepas, helikopter jenis Eurocopter AS350 itu terhempas ketika dalam penerbangan dari Betong ke Kuching, Sarawak dan turut mengorbankan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon.

Selain Noriah, turut menaiki helikopter sama ialah suaminya Asmuni Abdullah dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar, yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Tiga lagi yang menaiki pesawat malang itu ialah Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Dr Sundaran Annamalai; pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas. – BERNAMA

Tags: nahas helikopterTengku Adnan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd