SERANGAN terhadap sistem pertahanan komputer bukan sahaja boleh melumpuhkan sistem operasi komputer malah boleh mengakibatkan kerugian yang besar lebih-lebih lagi jika ia melibatkan sistem operasi komputer sesebuah perniagaan.
Berasal dari Kuala Lumpur, Megat Farril Rizal yang berusia 40 tahun ini sering mendengar keluhan rakan-rakan dan keluarga mengenai masalah jenayah siber dan kecurian maklumat peribadi yang kian meruncing.
Ini membuatkannya terfikir bahawa satu sistem perisian pertahanan komputer yang lebih berdaya tahan dan mengikut kehendak pengguna tempatan serta situasi semasa siber perlu ada sebagai persaingan kepada produk luar negara yang lebih bersifat umum atau “genericâ€Â.
Ilham ini datang lagi ketika Megat Farril bertugas di EA Excelsior Computer Ltd., sebuah syarikat pengeluar sistem operasi komputer ‘laptop’ terkemuka di negara China. Dengan pendedahan sebagai seorang jurutera komputer, Megat Farril tahu yang ancaman dan jenayah siber kini lebih terancang seiring dengan kecanggihan teknologi yang berkembang pesat.
Setelah pulang ke tanahair, Megat Farril memulakan perniagaannya dan melakukan kajian dan penyelidikan yang lebih terperinci mengenai ancaman keselamatan perisian komputer pengguna tempatan.
Hasil daripada kajian yang dijalankan selama tiga tahun, Megat Farril mendapati bahawa kebanyakan ancaman keselamatan ini datangnya dari dalam dan bukan luar negara. Hasil kajian tersebutturut membantu Megat Farril dan pasukan kerjanya menghasilkan produk sistempertahanan komputer yang kukuh mengikut spesifikasi teknologi tempatan dan antarabangsa.
Sebagaimana usahawan teknologi baru yang lain, Megat Farril turut berhadapan dengan masalah kos inovasi yang tinggi. Elemen inovasi ini penting dalam pembangunan produk kerana ia melibatkan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi tujuan pemantapan sistem perisian pertahanan komputernya. Setelah mengeluarkan modal sendiri untuk membiayai perniagaannya, Megat Farril memerlukan sokongan dana bagi membolehkan dia merealisasikan hasrat tersebut.
Megat Farril terus memohon untuk menyertai Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) anjuran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) setelah seorang rakan memberitahu bahawa geran perniagaan bernilai RM500,000 yang dimenangi melalui SUPERB boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut. Dia terpilih untuk mengikuti SUPERB Boot Camp dan berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir SUPERB 2014. Walau tidak semudah yang disangka, Megat Farril tidak gugup ketika membentangkan cadangan perniagaannya di hadapan juri-juri professional SUPERB. Ini kerana dorongan dan tips yang diterima di sesi Program Bootcamp SUPERB sebelum itu banyak membantu dia memperkemaskan lagi pelan perniagaan dan teknik penyampaian idea perniagaannya.
Megat Farril masih teringat perasaan bercampur baur ketika menerima sijil kemenangannya yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak setelah diumumkan sebagai salah seorang pemenang SUPERB tahun 2014. Selain rasa bangga, Megat Farril juga bersyukur kerana dana SUPERB membantunya melaksanakan kerja penyelidikan dan pemasaran dan memberi peluang untuk mengembangkan produk perisian pertahanan ciptaannya
Produk perisian penyelesaian keselamatan ciptaannya kini dikenali sebagai “Encr8tor Xlayer†yang direka untuk pasaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan agensi-agensi kerajaan. Dengan kerja penyelidikan dan “enhancement†yang dilaksanakan menerusi dana SUPERB, sistem “Encr8tor Xlayer†telah menerima sijil pengkitirafan “International ISO/IEC 15408†dari CyberSecurity Malaysia. Sistem ini turut memenangi Anugerah Asia Pacific ICT Alliance (APICTA) 2014 bagi kategori
Penyelesaian Keselamatan Terbaik (Best Security Solutions) di rantau ini pada Disember 2014.
(Maklumat lanjut mengenai sistem “Encr8tor Xlayer†di sini: http://www.encr8tor.com/)
Bagi Megat Farril, pengalaman menyertai SUPERB dapat membantu seseorang usahawan itu mencipta peluang baru dan memperkecilkan jurang perniagaan mereka. Selain dari inisiatif sokongan dan pemerkasaan usahawan muda yang ada, Megat Farril yakin bahawa lebih ramai usahawan muda Bumiputera dapat meningkatkan tahap bisnes mereka dengan menjadikan SUPERB sebagai salah satu platform untuk merealisasi impian keusahawan mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB), sila layari http://superb.teraju.gov.my
-MYNEWSHUB.CC
