• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Kata Pakatan Cuma Pergunakan Mahathir

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejarah mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan seorang yang baik tetapi dia dapat memberi kelebihan kepada pembangkang.

Itu pengakuan terbuka Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu (Mat Sabu) bahawa Mahathir sedang dipergunakan oleh Pakatan Harapan untuk menjatuhkan UMNO.

Kata Mat Sabu, jika dahulu ceramah Pakatan Harapan cuma dihadiri penyokong pembangkang kini ada penyokong UMNO yang hadir kerana Mahathir.

“Kita akui sejarah Mahathir bukan baik tetapi sekarang dia bersama menentang kerajaan dan bila dia bersuara, dia orang berpengaruh. Selama ini yang hadir kami bercakap orang pembangkang sahaja.

“Dengan adanya Mahathir orang UMNO datang bersama dan ini memberi peluang kepada kita bercakap (memburuk-burukkan kerajaan) kepada mereka,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Mat Sabu dalam pada itu mendakwa, Mahathir sudah berusia 91 tahun maka tidak banyak yang beliau boleh ambil kesempatan dengan bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Umur Mahathir sudah 91 tahun dan pada saya dia tidak ada perancangannya untuk dirinya tetapi untuk kumpulannya Wallahualam,” katanya.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun kerana meliwat seorang lelaki lain menulis satu surat yang ditujukan kepada pemimpin pembangkang baru-baru ini.

Beliau menulis surat itu yang bocoh kepada umum itu kerana berasa tidak berpuas hati dengan perkembangan terkini politik Pakatan Harapan pembangkang yang menyaksikan sebahagian pemimpin mereka bersengkongkol dengan Mahathir.

Anwar dalam surat itu membayangkan bahawa Mahathir seorang ahli politik yang tidak bermoral dan licik serta menganjurkan `deklarasi rakyat’ semata-mata mahu memenuhi cita-citanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pemimpin PKR, DAP, PAN yang terlibat dengan `deklarasi rakyat’ itu termasuk Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bagaimanapun mengambil keputusan mengabaikan surat Anwar tersebut sambil menegaskan akan terus menjalin kerjasama dengan Mahathir.

Mahathir dipercayai berusaha menjatuhkan Najib kerana berang dengan keengganan Najib menuruti beberapa kemahuannya selain mahu menaikkan orang kanannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mat Sabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jika Ada Kekeliruan, Tony Pua, Mat Sabu, Bar Council Patut Tanya PMX’ – Onn Hafiz

‘Jika Ada Kekeliruan, Tony Pua, Mat Sabu, Bar Council Patut Tanya PMX’ – Onn Hafiz

12/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan Tony Pua, Datuk Seri Mohamad Sabu, Majlis Peguam (Bar...

Mat Sabu Ingatkan Calon PH Merlimau Jangan Curi Wang Rakyat, Curi Pasir Selepas Menang

Mat Sabu Ingatkan Calon PH Merlimau Jangan Curi Wang Rakyat, Curi Pasir Selepas Menang

10/11/2026
0

MELAKA - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mengingatkan calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd