Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Pejabat MB Selangor Pertahan...

SHAH ALAM - Entah mengapa Pejabat Menteri Besar Selangor bersungguh-sungguh mempertahankan anak saudara...

Dollah Salleh Kemalangan

Kuala Lumpur : Pengurus pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh berdepan detik cemas...

Altimet Sah Tetap Tinggal...

SIAPA yang tidak kenal dengan komposer dan penyanyi, Altimet yang pernah popular dengan...

Pecat JKKK, DAP Pulau...

GEORGE TOWN - Gerakan Pulau Pinang menyifatkan pemecatan pengerusi jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK) yang dilantik Parti...

Marathon Perlis 2016 Berjaya Hidupkan Pelancongan Sukan Negeri

KANGAR – Usaha memperkasa pelancongan sukan melalui penganjuran Marathon Perlis 2016 menepati matlamat yang direncanakan serta menepati sasaran penyertaan 7,653 peserta dalam dan luar negara.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata peningkatan peserta pada penganjuran kali ini selaras dengan hala tuju kerajaan dalam membangunkan tarikan pelancong di negeri ini melalui pelbagai aktiviti kesukanan yang pada masa sama menggamit pengunjung menikmati pelbagai keunikan di Perlis.

“Saya difahamkan jumlah penyertaan kali ini meningkat sekali ganda berbanding tahun lepas yang hanya mendapat sambutan lebih 4,000 peserta keseluruhannya.

“Turut membanggakan pada kali ini apabila penyertaan peserta dari luar negara juga lebih ramai berbanding tahun lepas,” katanya selepas majlis penutup dan penyampaian hadiah Marathon Perlis 2016 di Stadium Tuanku Syed Putra Kangar, di sini hari ini.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat pada majlis itu serta turut berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang Marathon Perlis 2016.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Azlan berkata kejayaan penganjuran pada kali ini adalah hasil kerjasama kerajaan negeri dengan Agensi Pelaksana Koridor Utara (NCIA) serta pelbagai pihak termasuk syarikat Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd (Naza Automotive) dan United Engineers Malaysia Berhad (UEM) selaku penaja utama.


Sementara itu Ketua Eksekutif NCIA Datuk Redza Rafiq Abdul Razak berkata landskap semula jadi Perlis yang kondusif amat sesuai dan berpotensi menjana peluang pelaburan yang luas dalam sektor pelancongan sukan.

Pada acara kali ini Kenya merupakan negara luar yang diwakili paling ramai pelari iaitu seramai 57 orang manakala Yemen dan Sudan masing-masing lapan orang, Pakistan (7), Ethiopia (6), Mesir (5) dan lain-lain negara antara satu hingga empat orang.

Seramai 448 peserta termasuk 117 orang dari 17 negara telah menyertai acara maraton penuh sejauh 42 kilometer (km), 877 peserta dalam acara separuh maraton (21km), 986 orang (10km) dan 5,342 orang bagi acara fun run sejauh 5km.

Acara larian penuh diungguli peserta dari Kenya, Kennedy Kipro bagi kategori antarabangsa manakala bagi kategori Malaysia dimenangi Muhaizar Mohamad (kategori lelaki) dan Loh Chooi Fern (kategori wanita).

Marathon Perlis 2016 yang juga berlangsung sempena sambutan keputeraan Raja Perlis ke-73, kali ini sedikit berbeza kerana dianjurkan pada waktu malam dengan pelepasan larian dimulai sejak pukul 12.05 tengah malam tadi, menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah US$116,200 (RM476.42). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori