Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Tiada Rekod Pedofilia Sertai...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran menafikan pedofil British, Richard Huckle, 30 sebagai salah seorang...

Penyokong BN Tenggelamkan PAS...

TUMPAT - Suara kumpulan penyokong parti PAS jelas tenggelam pada hari penamaan calon...

Melayu Singapura Paling Lama...

SINGAPURA - Kaum Melayu di Singapura dilaporkan paling lama mendengar siaran stesen radio...

Mat Sabu Tolak Spekulasi...

PETALING JAYA - Presiden Amanah, Mohamad Sabu hari ini menolak spekulasi berhubung komplot...

Mahasiswi Perlu Cipta Peluang Kerja Sendiri – Mas Ermieyati

KUALA LUMPUR – Mahasiswi institusi pengajian tinggi disaran berfikir ke arah keusahawanan untuk mewujudkan sendiri peluang kerja dan tidak hanya menunggu peluang itu datang bergolek.

Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin ketika membuat saranan itu, berkata pergerakan Puteri UMNO telah mengambil inisiatif menubuhkan Koperasi Swinas bagi menggalakkan mahasiswi bergiat dalam keusahawanan.

Swinas ialah nama ringkas Sekretariat Mahasiswi Nasional (Swinas), sebuah kelab di bawah Puteri UMNO untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran mahasiswi terhadap bidang keusahawanan.

“Melalui koperasi ini, pelbagai program pembangunan ekonomi telah disusun agar dapat melahirkan usahawan intelek sekali gus mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan lepasan universiti terutamanya mahasiswi.

“Para mahasiswi sendiri juga perlu ada inisiatif dan disiplin untuk meningkatkan pembangunan dan potensi diri sebagai nilai tambah selepas tamat pembelajaran di universiti dan bersedia untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Swinas Summit 2016 di sini, hari ini.

Swinas Summit 2016 bertema “The Purple Scraf, Conquering The World”, yang julung kali dianjurkan itu, dirasmikan anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Suraya Yaacob.


Suraya, dalam ucapan perasmiannya berkongsi pengalaman tentang penglibatannya dalam bidang politik serta sukan untuk memberi inspirasi kepada para peserta yang menghadiri sidang kemuncak tersebut.

“Saya ingin menyeru mahasiswi hari ini untuk meneliti setiap keputusan yang dibuat dengan rasional, menguasai pelbagai bidang dan tidak tertumpu hanya kepada bidang akademik selain mempunyai peribadi mulia bagi mencorak persediaan sebagai pemimpin masa hadapan,” katanya.

Pada majlis itu seorang pelajar Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Noraini Jahudal, dari Sabah dinobatkan sebagai Ikon Swinas 2016 atas pencapaian membanggakan dalam pelbagai bidang.

Swinas yang ditubuhkan pada 2014, merupakan hasil idea dan usaha mahasiswi dan alumninya. Ia telah dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan sehingga kini mempunyai 2,424 anggota. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori