Saturday, September 14, 2024

Creating liberating content

Kes Zayn Rayyan: Polis...

GOMBAK : Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi membantu...

Lebih 60 Peratus Orang...

KUALA LUMPUR - Seramai 19,784,628 atau 60.6 peratus populasi keseluruhan di negara ini...

Ah Long Kini Umpan...

KUALA LUMPUR ― Jika dahulu cara kekerasan digunakan sindiket pinjaman wang haram atau...

Agong Perkenan Terima Menghadap...

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini...

Lelaki Wajah Seperti Zombie Akhirnya Dapat Muka Baru

Seorang bapa yang mengalami kecederaan teruk di bahagian muka hinggakan wajahnya kelihatan seperti zombie, telah mendapat muka baru susulan pembedahan pemindahan muka yang pertama di dunia.

Mitch Hunter yang merupakan bekas tentera mengalami kecederaan itu selepas menyelamatkan seorang wanita daripada terkena renjatan elektrik ketika terlibat dalam satu kemalangan kereta, 15 tahun lalu.

Menyedihkan apabila dia sendiri hampir terkorban selepas terkena renjatan elektrik hinggakan kakinya terpaksa dipotong, ketika menyelamatkan seorang wanita yang tidak dikenalinya itu.

“Saya seperti zombie. Saya boleh jadi zombie dalam The Walking Dead tanpa pakai solekan pun,” katanya.

muka1

Meskipun kini dia menjalani pemindahan muka namun bapa kepada dua anak itu berpandangan dia masih kelihatan seperti dirinya sendiri.


“Kebanyakan genetik anda adalah pada struktur tulang dan struktur tulang saya tidak mengalami kecederaan yang banyak, hanya di bahagian hidung jadi saya masih kelihatan seperti saya,” katanya yang tidak pernah bertemu dengan penderma tersebut.

Namun Micth telah bertemu dengan keluarga pendermanya dan kini menjadi seperti keluarganya sendiri.

Mitch menetap di Britain dan akan bertemu keluarga penderma terbabit sekiranya dia berkunjung ke Boston.

Pembedahan pemindahan muka yang dijalankan itu mengambil masa selama 14 jam dan meskipun ia merupakan satu prosedur yang menyakitkan namun Mitch dan keluarganya gembira dengan hasil pembedahan berkenaan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori