• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3,115 Guru Kafa Perak Dapat Peluang Sambung Pengajian

oleh Ahmad Albab
31/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seramai 3,115 guru Kelas Fardu Ain (Kafa) di Perak berpeluang menyambung pengajian ke tahap lebih tinggi melalui program Peningkatan Tahap Akademik Guru Kafa.

Exco Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria berkata program itu menawarkan pengajian hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, sekali gus memberi peluang kepada warga pendidik Kafa bagi membangunkan diri agar setaraf dengan guru di sekolah harian lain.

Katanya, program itu dilaksanakan Asia e Universiti (AeU), Pusat Perkembangan Minda Darul Ridzuan (Minda), Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

“Guru sekolah agama rakyat tidak lagi boleh beranggapan mereka guru kelas dua. Guru Kafa ini ada kelebihan sebab mereka mengajar anak-anak sehingga khatam al-Quran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Peningkatan Tahap Akademik Guru Kafa peringkat negeri, di sini hari ini.

Terdahulu Mohd Nizar menyaksikan majlis menandatangani kolaborasi program dengan semua pihak yang terlibat.

Sementara itu, Presiden AeU Prof Datuk Dr Ansary Ahmed berkata kaedah Pengakreditan Pembelajaran Sepanjang Hayat (APEL) akan digunakan bagi memudahkan dan memendekkan tempoh pengajian guru Kafa.

“Walaupun mereka sebelum ini hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Tinggi Agama Malaysia, tetapi kini mereka boleh menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda kerana pengalaman mereka diambil kira,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Minda, Muhammad Faizal Tahiruddin pula berkata berdasarkan kajian, 72 peratus guru Kafa di Perak tidak mempunyai pekerjaan lain, maka dengan adanya program itu ia boleh membantu menambah pendapatan mereka.

Katanya guru Kafa yang mengikuti program itu boleh mendapat bantuan kewangan bagi membiayai pengajian melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan zakat Baitulmal.

Dijangka 400 guru Kafa akan mendaftar bagi mengikuti program itu yang akan bermula Jun ini. – BERNAMA

Tags: Guru KafaPerak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd