• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Awal Siasatan Nahas Helikopter Dalam Tempoh Sebulan

oleh Ahmad Albab
07/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Laporan awal siasatan nahas helikopter Eurocopter AS350 oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara akan dikeluarkan dalam tempoh sebulan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata siasatan dilakukan bagi mengetahui punca nahas di Sungai Batang Lupar di Sebuyau, yang mengorbankan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan dua yang belum diikenal pasti manakala tiga lagi masih hilang.

“Banyak faktor…jadi kami perlu melihat semua aspek sebelum mengulas sama ada laluan yang digunakan itu selamat atau sebaliknya.

“Pada hari kejadian, Khamis, terdapat empat hingga lima helikopter menggunakan laluan sama…ada yang berada di hadapan dan mendarat dengan selamat,” katanya pada sidang media di pejabat Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Kuching di sini, Sabtu.

Beliau berkata kementerian juga telah memanggil pasukan penyiasat daripada penyedia perkhidmatan helikopter Airbus bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Liow berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diketuai DCA sehingga kini telah melakukan pencarian di kawasan seluas 2,850km persegi semalam.

“Misi pencarian hari ini akan meliputi kawasan seluas 875km persegi di sepanjang Sungai Batang Lupar sehingga ke Sri Aman,” katanya sambil menjelaskan kawasan pencarian lebih kecil disebabkan tumpuan pencarian lebih berfokus kali ini.

Liow turut mengesahkan pasukan SAR telah menemukan mayat mangsa kedua pukul 8.34 pagi tadi di Sungai Belebat iaitu anak Sungai Batang Lupar.

“Namun begitu identiti mayat tersebut masih belum dikenal pasti oleh pihak berkuasa dan kini berada di hospital untuk proses bedah siasat,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai dan masyarakat tempatan yang mempunyai maklumat atau berada di sekitar kawasan pencarian untuk menghubungi pihak berwajib sekiranya menemui sebarang penemuan berhubung insiden ini dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis DAerah Sri Aman di talian 083322121.

Selain Noriah, lima lagi mangsa ialah suaminya, Asmuni Abdullah, ketua setiausaha kementerian itu, Datuk Dr Sundaran Annamalai, Ahli Parlimen Kula Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.

Helikopter itu berlepas dari Betong ke Kuching pada pukul 4.12 petang Khamis sebelum dilaporkan hilang. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong Lainahas helikopter
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nahas Helikopter: Karnival UMNO Dibatalkan

Next Post

Wan Mohammad Khair-il Pemimpin Yang Penyabar

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

Next Post

Wan Mohammad Khair-il Pemimpin Yang Penyabar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd