KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang seolah-olah bersikap tamak apabila cuma menyeru rakyat Sarawak supaya mengundi partinya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Beliau langsung tidak menyeru atau menyebut tentang parti lain dalam Pakatan Harapan yang hakikatnya turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).
Sikap terbaru beliau itu menimbulkan desas-desus kuat mengenai perpecahan yang sedang berlaku dalam Pakatan Harapan ekoran daripada perasaan tamak para pemimpinnya untuk memegang kuasa.
“Saya menyeru pengundi di Sarawak untuk solid mengundi 31 calon DAP dalam PRN Sarawak Ke-11,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Krisis diantara DAP, PKR, dan PAN berlaku disebabkan sikap tamak ketiga-tiga parti mahu bertanding di kebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak.
Situasi itu menyebabkan PKR dan DAP akan bertarung sesama sendiri di enam kerusi DUN dalam PRN Sarawak kali ini.
PKR dan DAP mencapai persetujuan sementara untuk mengarahkan semua pemimpin dan penyokongnya mendiamkan kemelut tersebut hingga PRN Sarawak selesai. – Mynewshub.cc