• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Pemuda PAS Sokong Ilmuan, Kecam Guan Eng

oleh Ahmad Albab
24/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyiarkan satu kenyataan media oleh Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan) yang mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seorang pemimpin politik yang tidak profesional dan penuh prejudis di laman Facebook beliau hari ini.

Dalam kenyataan itu, Timbalan Presiden Ilmuan, Mazli Noor menjelaskan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menunjukkan sikap buruk itu apabila mendakwa kerajaan Pulau Pinang terpaksa membina terowong dasar laut Pulau Pinang kerana permohonan membina jambatan ketiga ditolak Kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan persekutuan menafikan menerima apa-apa permohonan daripada Pulau Pinang berkenaaan jambatan ketiga dan akui oleh Guan Eng sendiri bahawa Pulau Pinang tidak membuat apa-apa permohonan dengan alasan beliau sudah pun mengandaikan yang Kerajaan Persekutuan tidak akan meluluskan permohonan tersebut.

“Perlakuan Guan Eng ini adalah amat prejudis selaku ketua kerajaan apatah lagi melibatkan hubungan dengan Kerajaan Persekutuan. Tanpa prejudis dan mengambil kira pendirian politik sesuatu pihak, Guan Eng sepatutnya mengurus urusan kerja dan hubungan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat secara profesional dan tatacara perkhidmatan. Bukan secara membuat andaian awal yang tiada asas dan fakta,” tegasnya dalam kenyataan tersebut.

Justeru, Mazli mempersoalkan sama ada Guan Eng turut membuat andaian secara tidak masuk akal berhubung peruntukan sebanyak RM305 juta semata-mata untuk melakukan tiga kajian ke atas projek berkenaan .

Beliau turut mempersoalkan sama ada keseluruhan projek yang melibatkan perbelanjaan besar menggunakan wang rakyat terbabit adalah hasil daripada andaian yang Kerajaan Persekutuan tidak akan meluluskan projek jambatan ketiga.

“Ini merupakan suatu tindakan yang amat tidak profesional dan penuh prejudis, apa lagi ianya melibatkan kos projek yang amat besar yang telah dan akan dibelanjakan.

“Guan Eng sepatutnya lebih telus dan matang dalam menguruskan pentadbiran beliau. Apa yang diinginkan oleh rakyat ialah profesionalisma yang tinggi dan bukan sekadar politiking,” katanya. – Mynewshub.cc

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd