• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Hasutan Rahim Thamby Chik Dibicara 20 Sept

oleh Ahmad Albab
23/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menetapkan empat hari bermula 20 Sept depan untuk perbicaraan kes bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang didakwa menyiarkan penerbitan menghasut terhadap Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sebagai murtad di akaun Facebook miliknya.

Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar.

Mohd Dusuki memaklumkan bahawa kedua-dua pihak bersetuju supaya kes itu dibicarakan bermula 20 sehingga 23 Sept depan.

Beliau turut memberitahu mahkamah bahawa kira-kira 10 saksi pendakwaan akan memberi keterangan menerusi pernyataan saksi mengikut Seksyen 402B Kanun Prosedur Jenayah.

Peguam Ahmad Al-Hady Abdul Razak yang mewakili Abdul Rahim pula memaklumkan pihaknya masih belum memuktamadkan jumlah saksi pembelaan yang akan dipanggil memberi keterangan.

Abdul Rahim, 65, didakwa melakukan kesalahan itu melalui akaun Facebooknya, Rahim Tamby Chik, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada kira-kira 8 pagi, 25 Sept lepas.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Abdul Rahim turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan menggunakan akaun Facebook miliknya untuk membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya berhubung dakwaan sama dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di tempat, masa dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan ini, beliau didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: hasutanRahim Thamby Chik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

ESSCOM Patah 15 Cubaan Culik Sejak 2014 – Mei 2016

Next Post

PM Umum Peruntukan RM78 Juta Bina Pasar Payang Baharu

Related Posts

Kenyataan Berbaur Hasutan, Akmal Beri Keterangan Esok

Kenyataan Berbaur Hasutan, Akmal Beri Keterangan Esok

28/09/2024
0

Jasin : Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)...

Pemilik FB ‘Mac Chan’ Sokong China Memerintah Malaysia

04/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Gerakan Transformasi Pengguna Malaysia (GTPM) menggesa pihak berkuasa menyiasat satu akaun Facebook (FB) dipercayai milik warga...

Next Post

PM Umum Peruntukan RM78 Juta Bina Pasar Payang Baharu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd