• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Persekutuan Salur RM152 Juta Kepada Perak Anjur SUKMA 2018

oleh Ahmad Albab
29/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM152 juta kepada negeri Perak untuk penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2018, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata peruntukan itu akan diguna bagi membolehkan pembangunan semula dan membaik pulih beberapa prasarana sukan di Perak.

“Inilah komitmen kerajaan Persekutuan untuk membantu Perak menyediakan segala kemudahan.

“Tapi peruntukan (RM152 juta) itu tidak termasuk Velodrom Rakyat Ipoh yang akan dibaik pulih sama ada akhir tahun ini atau awal tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Fit Malaysia @ Perak 2016 di sini hari ini.

Kira-kira 12,000 orang menyertai program itu yang melibatkan acara larian dan berbasikal.

Ketika ditanya mengenai penjagaan serta pengurusan velodrom itu selepas penganjuran Sukma 2018, Khairy berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Terdahulu dalam ucapannya, Khairy mencabar Perak supaya bukan sahaja menjadi tuan rumah Sukma yang terhebat, malah mampu muncul juara.

“Saya harap Perak tetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk muncul juara Sukma 2018,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata peruntukan daripada kerajaan Persekutuan itu akan diguna untuk membaik pulih beberapa kemudahan termasuk stadium dan padang tembak selain membina kolam renang baharu di Ipoh.

Ditanya mengenai kebimbangan prasarana tersebut akan terbiar, Zambry berkata kerajaan negeri akan memastikan ia dijaga dengan baik memandangkan kemudahan yang dibina dan dibaik pulih itu digunakan oleh orang awam sepanjang masa. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinSukma
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd