• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Johor Rakam Penghargaan Kepada Pekerja

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Kerajaan negeri Johor hari ini merakamkan setinggi penghargaan kepada semua warga pekerja di negeri ini yang tekun berkhidmat demi membina Johor yang lebih gemilang.

Bersempena dengan sambutan Hari Pekerja hari ini, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata negara tidak akan dapat mencapai kejayaan dan kesejahteraan tanpa dedikasi, komitmen dan iltizam yang jitu daripada seluruh warga pekerjanya.

“Saban tahun, kita menyambut hari yang penuh bermakna ini sebagai menghargai dan mengiktiraf segala sumbangan para pekerja yang saban masa, terus membangunkan tanah air tercinta.

“Johor yang berkemajuan akan tetap mengalu-alukan pendiri dan pengukuh ekonomi dan kemakmuran negerinya. Andalah ‘Pekerja Berkemahiran, Penggerak Ekonomi’,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Mohamed Khaled berkata dalam usaha membangunkan negeri ini, kerajaan Johor telah memperkenalkan gagasan ‘Johor Berkemajuan’ yang merupakan asas terbaik buat kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Beliau berkata namun, tanpa sokongan dan komitmen warga pekerja yang mempunyai daya produktiviti, daya saing, keanjalan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi, maka, gagasan tersebut tentunya sukar untuk direalisasikan.

“Sehubungan itu, bagi pihak kerajaan negeri, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua warga pekerja yang sentiasa tekun berkhidmat demi membina Johor yang lebih gemilang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Johorpekerja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

11/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Penganjuran Johor Super Crown Polo membuka potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor, menurut Pemangku Sultan Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd