• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemenangan BN Di Sarawak Bukti Rakyat Tolak Pembangkang

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 membuktikan rakyat di negeri itu menolak parti pembangkang yang tidak memberi manfaat kepada mereka.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata rakyat Sarawak mahukan BN untuk membawa kebaikan secara keseluruhannya bagi kesinambungan pembangunan di negeri itu.

“Kemenangan BN itu juga sudah tentu akan membawa kebaikan kepada mereka (rakyat Sarawak) secara keseluruhannya kerana mempertahankan kerajaan BN bermakna ada kesinambungan untuk membangunkan Sarawak,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini, malam tadi.

PRN Sarawak ke-11 menyaksikan BN memenangi 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Musa berkata kemenangan BN di Sarawak itu menunjukkan rakyat di negeri itu menyokong kuat kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata ia juga jelas menunjukkan rakyat Sarawak menyokong padu kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Rakyat Sarawak membuat keputusan tepat memilih dengan menyokong dan memenangkan calon BN,” katanya.

Musa berkata BN Sabah turut mengucapkan tahniah kepada BN Sarawak diketuai Adenan yang memenangi PRN Sarawak dengan keputusan cemerlang. – BERNAMA

Tags: Musa Amanrakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd