• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Kemalangan Pekerja Ulang Alik Ke Tempat Meningkat

oleh Ahmad Albab
10/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Kadar kemalangan melibatkan perjalanan ulang alik pekerja ke tempat kerja dan kediaman menunjukkan peningkatan sebanyak 554 kes pada tahun lepas berbanding tahun 2014.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata sebanyak 28,591 kes kemalangan perjalanan dicatatkan pada tahun 2015 berbanding 28,037 kes pada tahun 2014.

“Bagaimanapun, jumlah keseluruhan kemalangan yang dilaporkan tahun lalu menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 2.81 peratus per 1,000 pekerja dicatatkan berbanding 3.10 peratus per 1,000 pekerja bagi tahun 2014.

“Keseluruhan jumlah kes kemalangan yang dicatatkan pada tahun 2015 adalah sebanyak 62,863 kes manakala tahun 2014 pula sebanyak 63,331 kes,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Sedunia Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2016 di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda.

Ismail berkata, kemalangan di tempat kerja atau kemalangan perusahaan mencatatkan penurunan kes iaitu sebanyak 34,272 kes dicatatkan tahun 2015 berbanding 2014 sebanyak 35,294 kes dan ini menunjukkan penurunan sebanyak 1,022 kes.

“Bagi bulan Januari hingga Mac tahun ini sebanyak 16,200 kes kemalangan pekerja telah dilaporkan.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,423 kes melibatkan kemalangan perjalanan ulang alik dan 8,777 kes kemalangan perusahaan dicatatkan,” katanya.

Ismail berkata pihak kerajaan melalui Jabatan Kesihatan dan  Keselamatan Pekerjaan (JKKP) sentiasa menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan di tempat kerja terjamin dan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan yang melakukan pelanggaran melibatkan hal tersebut.

“Kita tak boleh tolak ansur bila ada pelanggaran yang dilakukan oleh pihak majikan yang melibatkan keselamatan dan kesihatan pekerja.

“Untuk tahun 2014, sebanyak 258,800 pemeriksaan telah dijalankan ke atas tempat kerja dan jentera dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 22,190 notis dikeluarkan, 913 kesalahan dikenakan kompaun dan sebanyak 353 kes didakwa di mahkamah,” katanya.

Program anjuran Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NCOSH) dengan kerjasama JKKP Terengganu dihadiri kira-kira 300 pekerja dan majikan daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta dari seluruh negara. – BERNAMA

Tags: kemalanganpekerja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub MARAN, 20 Jun – Perjalanan dua beradik berakhir dengan tragedi apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terlibat...

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd