• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumpa Shah Rukh Khan Lepas 3 Hari Tidur Luar Rumah

oleh Ahmad Albab
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUMBAI - Seorang peminat fanatik Shah Rukh Khan (SRK) membuktikan bahawa dia merupakan seorang peminat setia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk bertemu dengan King Khan kegemarannya.

Peminat tersebut, Mutiara Ulfa Herlita bertolak dari Indonesia ke India bersama-sama seorang rakannya semata-mata mahu memenuhi hasrat untuk bertemu dengan bintang itu.

Menurut Mutiara, dia menunggu di luar rumah SRK selama tiga hari dengan memegang sepanduk yang merayu supaya SRK datang bertemu dengannya.

Jumpa Shah Rukh Khan Lepas 3 Hari Tidur Luar Rumah

Malah, dia juga tidak berputus asa menghantar tweet kepada SRK supaya bertemu dengannya kerana dia tidak akan kembali ke Indonesia selagi tidak bertentang mata dengan SRK.

Menurut Mutiara, konsul besar Indonesia di Mumbai juga telah membenarkannya bermalam di pejabat mereka setelah mengetahui tujuan sebenar dia berada di India.

Akhirnya, impian yang sudah lama diinginkan tercapai juga apabila SRK membalas tweetnya dan bersetuju akan bertemu Mutiara di pejabat konsulat tersebut semasa dalam perjalanannya ke tempat kerja.

Jumpa Shah Rukh Khan Lepas 3 Hari Tidur Luar Rumah

Pada 18 Mei lalu, Mutiara telah memuat naik sekeping gambar berpelukan bersama bintang kesayangannya itu.

“Seperti cerita dongeng… Ia selalu berakhir dengan penghujung cerita yang indah.. Terima kasih kerana mendengarkan ceritaku, Shah Rukh Khan,” tulisnya di Twitter. – MYEWSHUB.CC

Jumpa Shah Rukh Khan Lepas 3 Hari Tidur Luar Rumah

Tags: bollywoodIndonesiaShah Rukh KhanSRK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd