Rupa-rupaya aktres Jennifer Lawrence bukan peminat Donald Trump sebaliknya dia sememangnya berhajat untuk bertemu calon Presiden Amerika Syarikat itu, semata-mata untuk memakinya.
Menurut pelakon The X-Men: Apocalypse itu, dia pernah cuba untuk bertemu dengan Trump ketika mereka menghadiri satu konsert yang sama.
“Saya mahu bertemunya dan merakamkan video dengan saya menyatakan kepadanya ‘Hey Trump, f*** you!’ “,” kata Jennifer ketika ditemubual dalam Graham Norton Show.
Justeru ia jelas menunjukkan bahawa pelakon itu tidak akan mengundi Trump pada pemilihan Presiden Amerika Syarikat itu nanti.
Jennifer pernah memberitahu Vogue: “saya dibesarkan sebagai Republican, tetapi saya tidak boleh bayangkan menyokong parti yang tidak menyokong hak asasi wanita.
Jelasnya, pandangannya adalah jelas, jika Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat, maka berakhirlah dunia ini.

