• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Sebar Berita Tak Sahih Nahas Helikopter

oleh Ahmad Albab
08/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir meminta semua pihak supaya tidak menyebarkan sebarang berita tidak sahih mengenai nahas helikopter di Sarawak, petang semalam.

Beliau berkata ini demi menghormati perasaan anggota keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu.

“Kejadian seperti ini merupakan satu tempoh yang amat sukar bagi mereka dan memerlukan semua pihak menjadi lebih prihatin terhadap perkara yang berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zambry berkata kerajaan negeri dan seluruh rakyat Perak turut terkesan serta prihatin dengan nahas helikopter itu yang Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad antara penumpangnya.

“Saya juga turut prihatin dengan nasib penumpang yang lain iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon; suaminya Asmuni Abdullah dan pengawal peribadi Ahmad Sobri Harun,” katanya.

Menteri Besar Perak turut merakamkan penghargaan terhadap semua yang terbabit dalam usaha mencari dan menyelamat.

Helikopter itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching dan kali terakhir berhubung dengan menara kawalan pada 4.15 petang, setelah tiga minit berlepas.

Serpihan helikopter yang dinaiki enam orang itu termasuk Noriah ditemukan pagi ini.

Mayat seorang wanita dijumpai pasukan penyelamat mencari helikopter di tebing sungai Batang Lupar tengah hari tadi. – BERNAMA

Tags: nahas helikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd