• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Helikopter: Hubungan Terakhir 3 Minit Setelah Berlepas

oleh Ahmad Albab
06/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Hubungan terakhir yang dibuat juruterbang helikopter membawa seorang timbalan menteri dan empat lagi penumpang semalam ialah pada 4.15 petang, tiga minit setelah berlepas.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata juruterbang itu memberitahu bahawa mereka dijangka akan berada di kawasan Simunjan dalam masa kira-kira 20 minit setelah berlepas pada pukul 4.12 petang.

“Sebelum jangkaan tiba di Semunjan, pengawal trafik udara cuba menghubungi pesawat itu pada 4.28 petang tetapi tiada respons. Beberapa lagi cubaan dilakukan untuk menghubungi helikopter itu pada 4.29 petang, 4.39 petang dan 4.56 petang.

“Tetapi masih tiada respons daripada helikopter berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beberapa serpihan bahagian helikopter itu ditemui dekat sungai Batang Lupar di Sebuyau, pagi ini (Jumaat).

Azharuddin berkata terdapat empat helikopter di kawasan itu pada ketika itu, sebuah daripadanya hanya seminit berada di belakang helikopter malang itu.

“Kami minta mereka menghubungi helikopter itu tetapi usaha mereka gagal,” katanya.

Selepas usaha menghubungi beberapa pihak yang berkenaan dan tiada sebarang isyarat dikesan tentang kedudukan helikopter itu, Azharuddin berkata situasi kecemasan diisytiharkan dan misi mencari dan menyelamat digerakkan pada pukul 7.26 malam tadi.

Beliau berkata pasukan bertindak dibentuk untuk mengendalikan usaha memberitahu keluarga mereka yang berada di dalam pesawat tu.

Azharuddin berkata penyiasatan masih berjalan dan Hornbill Skyways, syarikat yang menyewakan pesawat itu dari Filipina masih belum digantung operasinya. – BERNAMA

Tags: nahas helikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd