PELAKON Hafidz Roshdi mengakui masih belum sempat meluangkan masa bersama isterinya setelah mendirikan rumahtangga pada 30 April lalu kerana masing-masing mempunyai komitmen yang berbeza.
Dia turut memberitahu sudah merancang tiga lokasi berbeza untuk berbulan madu bermula minggu hadapan.
“Saya sibuk dengan penggambaran dan isteri pula terikat dengan kuliah, jadi kami tidak dapat meluangkan masa bersama. Alhamdulillah minggu hadapan kami akan bercuti di dalam negara terlebih dahulu.
“Kami juga mendapat tajaan percutian di Medan dan Tokyo,” jelasnya kepada mStar Online.
Menurut Hafidz, selepas berkahwin rezekinya semakin melimpah ruah dengan menjadi duta produk dan mendapat lebih banyak tawaran berlakon.
Dia tidak mahu memberikan sebarang komen dan tidak mahu terus bercakap mengenai kontroversi yang melanda dirinya dan isteri kerana perkara itu sudah berlalu dan lebih banyak urusan penting selain isu tersebut. – MYNEWSHUB.CC

