Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Restoran Muslim Saji Percuma...

LONDON - Pada Krismas ini, semua gelandangan dan warga tua di London berpeluang...

Amaran PDRM: Awas Kes...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 44 kes samun kereta menerusi modus operandi melanggar bahagian...

Kedah Catat Rekod Tanam...

BUKIT KAYU HITAM – Sebanyak 4,005 pokok mangga harumanis ditanam secara serentak di...

Pemimpin Pemuda UMNO Pro...

HEBAH diperkatakan di media sosial kini tentang isu berkaitan sekumpulan pemimpin Pemuda UMNO...

Dapatkan Ujian Dan Rawatan HIV/AIDS – Dr. Hilmi

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan AIDS Malaysia (MAF) melancarkan kempen kesedaran awam terbaharunya mengenai HIV dan AIDSsebagai sebahagian daripada Pelan Strategik Kebangsaan bagi Menghapuskan AIDS 2016-2030.

Kempen itu bertemakan ‘Ending AIDS Begins Now’ (Menghapuskan AIDS Bermula Sekarang).

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata sejak kes pertama HIV/AIDS dikesan di Malaysia pada 1986, terdapat 17,916 kematian daripada 108,519 kes yang dilaporkan berkaitan penyakit itu dengan kira-kira 90,603 orang masih menghidapnya.

“Daripada 90,603 pesakit, hanya 30 peratus mendapatkan rawatan perubatan secara tekal untuk meneruskan kehidupan mereka. Kami menggesa mereka yang lain juga supaya turut berbuat demikian,” katanya pada sidang berita selepas pelancaran kempen itu di sini, hari ini.

Beliau berkata kes jangkitan baharu HIV menurun sebanyak 50 peratus berbanding 2002 dan terdapat pengurangan ketara kematian berkaitan AIDS iaitu sebanyak 28 peratus sejak 2002.


Terdahulu, MAF menerima sumbangan RM100,000 daripada Kingsmen, iaitu kumpulan tokoh korporat dan usahawan yang menyokong program penjagaan, sokongan dan rawatan HIV berimpak tinggi yayasan itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • HIV

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori