• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Allahyarham Ahmad Sobri Dinaikkan Pangkat Koperal

oleh Ahmad Albab
25/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menaikkan pangkat Koperal secara ‘posthumous’ atau anumerta kepada Lans Koperal Ahmad Sobri Harun yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Allahyarham Ahmad Sobri, 26, ialah pengawal peribadi kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang turut terkorban dalam nahas itu.

Anugerah kenaikan pangkat tersebut disampaikan oleh Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Seri Zulkifli Abdullah kepada bapanya Harun Muda.

Zulkifli berkata kenaikan pangkat secara ‘posthumous’ itu turut membolehkan warisnya menerima wang pencen lebih tinggi.

Katanya PDRM juga menyerahkan bantuan dari Tabung Koperasi Polis, Tabung Amanah Perwira Pertahan Negara, Tabung Kebajikan Polis dan Khirat Kematian berjumlah RM96,000.

Zulkifli berkata demikian kepada pemberita selepas majilis anugerah kenaikan pangkat kepada keluarga mangsa di sini Rabu.

Hadir sama Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman dan Pengerusi Koperasi PDRM, Datuk Sri Syed Ismail Syed Azizan.

Zulkifli berkata pihaknya juga sedang menguruskan bantuan yang lain untuk diserahkan kepada keluarga mangsa dalam masa terdekat.

Ahmad Sobri, yang masih bujang, berkhidmat di Unit Cawangan Pengawal Pengiring Bukit Aman selepas pengawal peribadi sejak tiga tahun lalu. Allahyarham tamat latihan polis pada 28 Dis 2012.

Turut terkorban dalam nahas helikopter itu ialah suami Noriah, Asmuni Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai, Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.

Sementara itu, Harun melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kepimpinan PDRM dengan pemberian pangkat dan bantuan itu.

“Walaupun dia telah tiada kami berbangga dia pergi ketika menjalankan tugas dan berkhidmat untuk negara, “katanya. – BERNAMA

Tags: nahas helikopter
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd