• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Aulong Tarik Saman Terhadap Speaker DUN Perak

oleh Ahmad Albab
31/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong daripada DAP, Leow Thye Yih hari ini menarik balik saman pemula yang difailkan terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Seri S.K Devamany dan kerajaan negeri Perak berhubung penggantungannya daripada sidang DUN selama sebulan dari 1 April lepas.

Penarikan balik saman yang difailkan pada 29 April lalu dibuat di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Peguam Leong Cheok Keng yang juga ADUN Malim Nawar itu ketika ditemui pemberita berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak.

“Beliau (Leow) telah menerima nasihat bahawa kes ini telah menjadi akademik.

“Lagipun kami lega sebab gaji Leow tidak dipotong pada bulan Mei. Oleh itu perkara ini telah menjadi akademik jadi kami pohon untuk menarik balik kes ini dengan kebebasan untuk memfailkan semula dengan tiada perintah ke atas kos,” katanya.

Leow memfailkan saman berkenaan melalui Tetuan Leong & Tan antara lain bagi memohon deklarasi bahawa penggantungan gajinya termasuk elaun dan tuntutan bagi tempoh 1 April hingga 30 April tidak mengikut peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Leow juga memohon deklarasi bahawa beliau berhak kepada semua saraan dan lain-lain elaun dan/ataupun manfaat yang diberikan kepadanya di bawah Perkara XXXVID Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menurut Enakmen Anggota Pentadbiran dan Dewan Negeri (Saraan) 1980.

Leow turut menuntut kos dan relif lain yang ditentukan wajar dan sesuai oleh mahkamah.

Devamany pada 7 April lepas mengumumkan penggantungan Leow dibuat mengikut Perintah Tetap DUN setelah beliau didapati membuat tuduhan berniat jahat terhadap seorang ADUN semasa persidangan lepas. – BERNAMA

Tags: adunsaman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

1MDB Laksana Pembayaran Kupon Berjadual IMTN

Next Post

Deklarasi Mahathir: Polis Akan Panggil Azharuddin

Related Posts

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

28/04/2025
0

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menangguhkan prosiding saman pemula Petroleum Sarawak...

1MDB Saman Amicorp Group, Tuntut Lebih AS$1 Bilion

1MDB Saman Amicorp Group, Tuntut Lebih AS$1 Bilion

23/12/2024
0

SINGAPURA: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyaman syarikat penyedia perkhidmatan korporat, Amicorp Group dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Toine Knipping membabitkan...

Next Post

Deklarasi Mahathir: Polis Akan Panggil Azharuddin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd