• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

oleh Mohd Arshad
28/04/2025
dalam Terkini
0
Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menangguhkan prosiding saman pemula Petroleum Sarawak Berhad (Petros) bagi membatalkan tuntutan Petronas berhubung jaminan bank berjumlah RM7.95 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Faridz Gohim Abdullah, yang membuat keputusan itu, berkata tiada keadaan khas dan alasan kukuh bagi membolehkan saman pemula itu digantung sementara menunggu keputusan akhir prosiding terdahulu.

Beliau turut menetapkan 11 Jun depan bagi pendengaran saman pemula difailkan Petros sementara menunggu permohonan Petronas bagi kebenaran untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini.

Menerusi saman itu, Petros memohon deklarasi bahawa tuntutan Petronas pada 14 Oktober 2024 berhubung jaminan banknya adalah tidak wajar, menyalahi undang-undang, justeru itu, adalah tidak sah serta terbatal.

Tuntutan itu membabitkan pembayaran bagi gas asli dibekalkan Petronas kepada Petros di bawah satu perjanjian pembekalan gas bertarikh 30 Disember 2019.

Pada prosiding sebelum ini, Petros melalui peguamnya, Sim Hui Chang berhujah bahawa perjanjian itu tidak dapat dilaksanakan susulan pindaan kepada Seksyen 7 Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016, yang digubal pada November 2023, yang menyatakan tiada orang selain pengagregat gas boleh membekalkan atau mengagihkan gas di Sarawak tanpa lesen dikeluarkan Pengarah Pengedaran Gas.

Oleh itu, Petros berhujah adalah tidak wajar bagi Petronas menuntut bayaran bagi gas yang dibekalkan secara tidak sah dan bertentangan dengan ordinan berkenaan.

Bagaimanapun, peguam Alex Ngu yang mewakili Petronas menafikan ia tertakluk kepada DGO kerana hanya perlu terikat dengan Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Bernama-

Tags: Mahkamah TinggiPetrossaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Rakan Sekolah : Remaja 15 Tahun Berdepan Perbicaraan Penuh Di Mahkamah Tinggi

Bunuh Rakan Sekolah : Remaja 15 Tahun Berdepan Perbicaraan Penuh Di Mahkamah Tinggi

30/01/2026
0

PETALING JAYA: Pelajar berusia 15 tahun yang dituduh membunuh rakan sekolahnya berusia 16 tahun di Bandar Utama pada Oktober tahun...

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd