• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB Laksana Pembayaran Kupon Berjadual IMTN

oleh Ahmad Albab
31/05/2016
dalam Jenayah, Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini melaksanakan pembayaran kupon berjadual berjumlah RM143.75 juta bagi Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) RM5 bilion berkadar 5.75 peratus, yang matang pada 2039.

Pembayaran tersebut dibuat mengikut jadual pembayaran kupon IMTN itu.

“1MDB mempunyai mudah tunai yang lebih daripada mencukupi untuk membayar faedah dan memenuhi tanggungjawab hutang semasanya. Kemajuan kukuh yang dicapai daripada pelan rasionalisasi telah menambah sokongan kedudukan kewangan stabil 1MDB,” kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata bayaran itu dibuat selepas 1MDB mengatakan bahawa ia mengalami pertikaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) bagi bayaran faedah untuk US$1.75 bilion berkadar tetap 5.75 peratus, yang matang pada 2022, diterbitkan oleh 1MDB (Langat) Ltd. (Nota Langat), serta US$1.75 bilion dengan kadar tetap 5.99 peratus dengan tempoh matang pada 2022 yang diterbitkan 1MDB Energy Ltd. (Nota Tenaga).

Beliau mengulangi, walau apa pun pertikaian dengan IPIC, ia akan terus melunaskan tanggungjawab hutang semasa.

“1MDB kekal menumpukan kepada penyelesaian pertikaian dengan IPIC, dan komited meneruskan proses rundingan dan berusaha untuk mencapai penyelesaian untuk kepentingan terbaik semua pemegang berkepentingan,” katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd