• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Deklarasi Mahathir: Polis Akan Panggil Azharuddin

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis akan memanggil pengatur cara komputer Azharuddin Othman, 30, yang dipercayai terlibat menjual maklumat pangkalan data penduduk negara bagi tujuan memalsukan tandatangan dalam ‘Deklarasi Mahathir’.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya akan menjalankan siasatan dan mendapatkan butiran terperinci berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

“Kami akan memanggil individu itu dalam masa dua atau tiga hari lagi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tersebut dan siasatan menyeluruh akan dilaksanakan.

“Selain itu, kami juga akan meneliti terlebih dahulu jenis maklumat yang disebarkan sebelum tindakan lanjut dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Wisma Darul Iman di sini Isnin.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani; Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Abd Ghani dan Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman.

Noor Rashid berkata demikian ketika diminta mengulas pengakuan bersumpah Azharuddin yang mengaku membekalkan data yang diperlukan kepada Syarul Ema Rena Abu Samah atau turut dikenali dengan gelaran ‘Ratu Naga’.

Dalam akuan bersumpah itu, Azharuddin berkata ‘Ema’ memerlukan pangkalan data tersebut untuk keperluan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi ‘Deklarasi Mahathir’ yang akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana individu yang didapati menyebar dan menjual maklumat yang terkandung pangkalan data penduduk negara dan tindakan undang-undang boleh dikenakan.

Beliau berkata maklumat yang terkandung dalam data berkenaan adalah maklumat yang diklasifikasikan sebagai sulit dan hanya orang yang berhak sahaja mempunyai capaian akses kepada maklumat itu.

“Jika maklumat itu sulit ia tidak berhak untuk disebarkan kepada mana-mana pihak dan ia telah melakukan kesalahan serta melanggar peraturan dan boleh diambil tindakan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA),” katanya.

Azharuddin sebelum ini mendakwa beliau telah menjual maklumat itu kepada seorang wanita yang bernama Ema dengan bayaran RM5,000.

Bagaimanapun, lelaki itu hanya menerima RM1,000 sahaja setelah menghantar maklumat tersebut kepada wanita terbabit yang mendakwa memerlukannya bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk keperluan projek ‘Deklarasi Mahathir’, yang berniat untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – BERNAMA

Tags: Deklarasi RakyatTun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam untuk menjalani...

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd