• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

500 Askar Siber Nahdlatul Ulama Lawan Daesh Indonesia

oleh
10/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Jika di Malaysia, parti pemerintahnya memiliki pasukan khas Gelombang Biru untuk menangkis dakyah tohmahan politik jahat tentera siber pembangkang Red Bean Army, lain pula hal di negara jirannya, Indonesia.

Sekumpulan wira siber Indonesia dikerah ‘duduk’ menghadap skrin komputer sambil menghantar ribuan mesej yang memupuk ajaran Islam sederhana kepada netizen negara paling ramai penduduk penganut Islam di dunia itu.

Dilengkapi komputer riba dan telefon pintar, 500 anggota Nahdlatul Ulama (NU), salah satu pertubuhan Muslim terbesar di dunia, giat berusaha keras menentang fahaman pelampau yang cuba disebarkan oleh kumpulan Daesh.

“Kita tidak akan biar Islam dicemari oleh mereka yang cuba menyebarkan kebencian,” menurut kicauan Twitter oleh Syafi’ Ali, anggota terkenal NU. Ia merupakan mesej yang sering dihantar kepada ribuan pengikutnya di Twitter.

Kumpulan khas NU yang baharu dibentuk itu sebenarnya sedang cuba menentang operasi sulit militan Daesh di Indonesia serta dikesan cuba merekrut ramai anggota baru khasnya remaja menerusi kiriman mesej sedemikian.

nu1

Anasir dan ancaman Daesh semakin meningkat di Indonesia malah sungguh ketara seperti dapat dilihat menerusi insiden letupan bom dan serangan nekad berdarah di Jakarta yang dilancarkan oleh beberapa anggota militannya.

Momentum inisiatif NU itu semakin mendapat perhatian dan ia bertambah rancak beberapa bulan lalu. Sebilangan kecil anggota NU beroperasi di pejabat di sini manakala yang lain berkomunikasi sesama mereka menerusi internet.

Usaha online itu diperhebat ketika NU bersiap sedia berkempen memupuk sifat tolak ansur ke peringkat global pada minggu ini menerusi mesyuarat khas selama dua hari mulai Isnin lalu bersama pemimpin agama dari serata dunia.

Tujuan mereka adalah untuk mengenengahkan konsep ajaran Islam Nusantara bagi membanteras ideologi radikal aktif disebarkan oleh militan Daesh yang bijak berselindung di sebalik mempergunakan nama kononnya Islam.

nu2

NU mahu menggalakkan masyarakat Islam di serata dunia supaya menjadikan Indonesia sebagai inspirasi agama minoriti dan berbilang kumpulan etnik dapat hidup dengan harmoni berbanding suasana di rantau Timur Tengah.

Namun, NU turut masih berdepan dengan cabaran yang besar untuk membanteras pengaruh Daesh. Sebahagian besar anggota NU adalah sukarelawan dan kadang kala mereka perlu membiayai sendiri kos yang dikehendaki.

“Medan perang bagi memerangi pengaruh Daesh sudah beralih kepada Internet dan dengan mewujudkan lebih banyak laman aliran sederhana, ia diharap dapat melindungi lebih ramai rakyat Indonesia,” kata Robi Sugara.

Pakar anti-pengganasan antarabangsa dan Pengarah Eksekutif Pusat Krisis Muslim Indonesia itu turut menyambut baik pendekatan secara online yang giat dilakukan oleh pihak NU ketika ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: DaeshIndonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd