Philadelphia (Amerika Syarikat) – Seorang wanita yang mati ditembak ketika pergaduhan dengan suaminya minggu lalu sempat merakam audio pembunuhannya menggunakan telefon bimbit.
Pihak berkuasa berkata, Wesley Webb sempat mengaktifkan program rakaman audio pada telefon bimbitnya beberapa minit sebelum dibunuh pada 2 Mei lalu, seterusnya merakam setiap saat kejadian sehingga ketibaan polis ke rumahnya.
Dalam rakaman itu, bunyi tembakan kedengaran sebelum suara seorang lelaki memaki hamun dan menjerit.
Sehubungan itu, suaminya Keith Robert Smith didakwa atas tuduhan bunuh, Rabu lalu.
Pendakwa Raya Negeri Thomas Hogan berkata dalam satu kenyataan: “Kejadian ini sangat kejam dan pembunuhnya pengecut. Dia tidak teragak-agak membunuh mangsa, tetapi tidak berani pula membunuh diri.
“Pasangan itu bertengkar menyebabkan Wesley mengancam meninggalkan suaminya bersama dua daripada tiga anak mereka.
“Namun Smith tiba-tiba mengambil senapang patah dan menembaknya di dada sebelum cuba membunuh diri.â€Â
Smith yang masih dirawat di hospital didakwa atas tuduhan membunuh, menyebabkan kematian tanpa niat, homisid, membahayakan kanak-kanak dan kesalahan senjata api. – Agensi/myMetro Online