• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB Mula Proses Rundingan & Capaian Dengan Pemegang Bon Dolar AS

oleh Ahmad Albab
09/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memulakan proses rundingan dengan pemegang bonnya yang menggunakan mata wang dolar AS susulan keingkaran ke atas nota US$1.75 billion dengan kadar tetap 5.75 peratus yang matang pada 2022 dan diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) Ltd (Nota Langat).

Dalam kenyataan di sini hari Isnin, 1MDB berkata ia telah melantik Alvarez & Marsal Asia Ltd (A & M) sebagai penasihat kewangannya untuk menyelia dan menguruskan proses tersebut.

1MDB turut melantik D.F. King Ltd, ‘Orient Capital Company’ (D.F. King), atau “Ejen Pengenalan dan Maklumat”, untuk terus melaksanakan proses pendaftaran dan pengenalan pemegang bon.

“1MDB kini aktif berunding dengan semua pemegang untuk menggariskan langkah-langkah seterusnya untuk proses itu, menjelaskan latar belakang pertikaian tersebut, dan menerangkan sebab 1MDB mengambil pendirian untuk tidak membuat bayaran faedah ke atas Nota Langat,” katanya.

Ia menegaskan bahawa ia mempunyai pelan rasionalisasi yang membolehkan syarikat memenuhi obligasi hutang sedia ada.

1MDB juga hari ini meminta D.F. King untuk melancarkan laman mikro di http://sites.dfkingltd.com/1MDB, yang mengandungi semua maklumat berkaitan dan termasuk kemas kini untuk pemegang bon.

Selepas mendaftar, mereka boleh mengemukakan soalan secara dalam talian melalui laman web itu.

Pertemuan bagi semua pemegang bon yang menggunakan mata wang dolar AS akan diadakan pada 23 Mei, dan maklumat lanjut akan menyusul, katanya.

1MDB berkata ia komited untuk bekerjasama secara terbuka dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) bagi menyelesaikan pertikaian tersebut. – BERNAMA

Tags: 1MDBdolar Amerika
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd